Lima lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 31 Dis. – Lima lagi kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 511 di mana 286 telah tamat termasuk tiga hari ini iaitu Kluster Teduh, Kluster Jaya dan Kluster Berendam.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 225 kluster dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seruling (371 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes),  dan Kluster Teratai (151 kes).

Lima kluster baharu adalah

  • KLUSTER JALAN GALAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember, sejumlah 90 individu disaring, di mana 22 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DATUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Klang dan Hulu Langat di Selangor; serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103899) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 31 Disember, sejumlah 34 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG BAHARU

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang dan saringan kontak rapat. Sehingga 31 Disembe, sejumlah 194 individu disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PEKELILING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 31 Disember, sejumlah 185 individu telah disaring, di mana 27 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN RASAH

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-98370) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Disember 2020. Sehingga 31 Disember, sejumlah 47 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment