Pek Nga

DI Utara, orang panggil Pek Nga. Khabarnya nama ni berasal dari kaedah membuatnya iaitu temPEK atas belaNGA. Nama lain adalah lempeng. Pagi-pagi menyorok Pek Nga memang menyelerakan. Ada Pek Nga kelapa dan ada Pek Nga pisang. Biasanya yang popular adalah Pek Nga kelapa, dimakan bersama kari ikan atau sambal sama ada bilis atau sotong. Di Kompleks Pasar Awam dan Penjaja Sementara, Jalan Todak, Seberang Jaya ada dijual Pek Nga. Nama gerai Khatijah Roti Jala, gerai No. 71. Boleh cuba jika melintasi kawasan berkenaan. Populariti makanan tradisional ini menyebabkan ia mudah didapati termasuk di Lembah Klang.

Related posts

Leave a Comment