Siasat Himpunan Bekas PKM

KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perhimpunan dipercayai dihadiri bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, hari ini. BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata maklumat mengenai penganjuran program itu sudah diperoleh. “Setakat ini tiada sebarang laporan diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung perhimpunan itu, bagaimanapun kita sudah memperoleh maklumat mengenai penganjurannya. “Ia berlangsung secara tertutup dan kita masih dalam tindakan menyiasat segala aspek yang berkaitan penganjuran perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.…

Read More

Pek Nga

DI Utara, orang panggil Pek Nga. Khabarnya nama ni berasal dari kaedah membuatnya iaitu temPEK atas belaNGA. Nama lain adalah lempeng. Pagi-pagi menyorok Pek Nga memang menyelerakan. Ada Pek Nga kelapa dan ada Pek Nga pisang. Biasanya yang popular adalah Pek Nga kelapa, dimakan bersama kari ikan atau sambal sama ada bilis atau sotong. Di Kompleks Pasar Awam dan Penjaja Sementara, Jalan Todak, Seberang Jaya ada dijual Pek Nga. Nama gerai Khatijah Roti Jala, gerai No. 71. Boleh cuba jika melintasi kawasan berkenaan. Populariti makanan tradisional ini menyebabkan ia mudah…

Read More

Masjid Jeli

MASJID Sultan Muhammad I sebelum ini dikenali sebagai Masjid Jeli. Pertukaran nama dibuat pada tahun 2014. Masjid dengan kubah bersalut warna kuning emas ini terletak di persimpangsn lampu isyarat dan bertentangan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Mempunyai dewan solat yang luas, masjid ini mengalami perubahan dari semasa ke semasa sejak pembinaan pada tahun 1982. Ruang dalamnya pula dihiasi tulisan khat ayat-ayat suci al-Quran.

Read More

Jualan Runtuh

KUALA LUMPUR : Jualan gudang atau jualan murah pelbagai jenis buku keluaran Kumpulan Utusan akan bermula Isnin, 2 Disember di gudang Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, No. 1&3 Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa. Harga yang ditawarkan memang harga runtuh, bermula 50 sen. Buku yang pernah mencecah beratus ringgit hanya tinggal RM10. Sabtu lalu ketika singgah di situ, sempat sambar 11 buah buku. Nak tahu berapa harganya? Cuma RM60. Ada antara buku tu sudah ada dalam simpanan. Beli lagi untuk simpanan, mana tahu kalau ada nilai masa depan. Buku melibatkan…

Read More

Amaran Hujan Lebat

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya dengan hujan sangat lebat di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga esok 2 Disember. Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan, serta Besut dan Setiu di Terengganu. Jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran cuaca buruk iaitu hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok di Jeli dan Kuala Krai, Kelantan; Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di…

Read More

Nasi Dagang Atas Tol

TIDAK sah kalau KE Terengganu tidak mencuba nasi dagang. Merata tempat ada nasi dagang untuk makan pagi. Paling popular Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur. Bukan tol lebuh raya tetapi Kampung Atas Tol. Di Port Dickson, ada kedai Nasi Lemak Depan Kubur. Nampaknya nama dan lokasi jadi pilihan. Dulu kedai nasi lemak PD tu dikenali Kedai Makan Kak Ann manakala nasi dagang pula Warung Kak Ros Nasi Dagang. Di warung nasi dagang, difahamkan, pelanggan akan mula beratur di depan warung seawal 6.30 pagi dan berbaris panjang terutama pada Jumaat dan…

Read More