Nasi Dagang Atas Tol

TIDAK sah kalau KE Terengganu tidak mencuba nasi dagang. Merata tempat ada nasi dagang untuk makan pagi. Paling popular Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur. Bukan tol lebuh raya tetapi Kampung Atas Tol. Di Port Dickson, ada kedai Nasi Lemak Depan Kubur. Nampaknya nama dan lokasi jadi pilihan.
Dulu kedai nasi lemak PD tu dikenali Kedai Makan Kak Ann manakala nasi dagang pula Warung Kak Ros Nasi Dagang. Di warung nasi dagang, difahamkan, pelanggan akan mula beratur di depan warung seawal 6.30 pagi dan berbaris panjang terutama pada Jumaat dan Sabtu. Lazimnya semua hidangan yang disediakan hari itu habis sebelum 11 pagi. Di situ ada juga keropok lekor goreng. Satu lagi menu popular, teh ais Ombak Rindu! Begitulah popularnya warung ini yang tidak seberapa indah seperti kedai, restoran atau medan selera. Jika dah sedap, orang tidak kisah kedudukannya asalkan bersih dan selesa.

Related posts

Leave a Comment