Israel paksa Iran bertindak balas

DOHA – Presiden Iran, Massoud Pezeshkian memberi amaran tidak akan sama sekali berdiam diri sekiranya Israel bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu balistik yang dilancarkan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) semalam .

Pada sidang media di sini, Massoud menegaskan, Iran “tidak mencari perang” tetapi Israel memaksa mereka untuk bertindak balas.

Beliau berkata, objektif Israel adalah untuk meluaskan keganasan di rantau itu dan menyalahkan rejim Zionis kerana enggan menerima keamanan.

Sehubungan itu, Massoud menegaskan, iran mahu mencegah dan menghentikan keganasan.

Presiden Massoud kini berada di Doha dalam rangka lawatan kerja di sebalik Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke atas Israel pada Selasa dan ketika rejim Zionis dijangka melakukan tindak balas dalam masa terdekat ini.

(keratan berita BH)

Related posts

Leave a Comment