Calon PRU nanti biarlah orang benar-benar ‘sihat’

BIAR ‘sihat’ semuanya, bukan sekadar sihat tu­buh badan. Itulah yang sepatutnya ada dalam diri­ calon yang akan bertanding semasa pilihan raya umum­ (PRU) akan datang. Me­mang kena dengan saranan su­paya calon wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun tidak ada arahan khusus. Baru-ba­ru ini Ketua Menteri Melaka, Idris Haron menyatakan semua calon Barisan Nasional (BN) wajib men­jalani pemeriksaan kesihatan sebe­lum dipilih. Saranan itu disambut baik oleh Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam tetapi katanya, terpulanglah kepada calon sendiri untuk membuat pilihan sama ada perlu melakukan pemeriksaan kes­ihatan. Baginya tugas wakil rakyat bukanlah kerja mudah.

Tahap kesihatan yang buruk akan menyebabkan wakil rakyat tidak dapat melakukan tugas dengan­ baik sehingga akhirnya membebankan rakyat. Kata Sub­ramaniam yang juga Presiden MIC: “Saya nasihatkan agar calon yang mempunyai masalah kesiha­tan lebih baik tampil memaklum­kan kepada perdana menteri me­nolak tawaran menjadi calon atas faktor kesihatan,”. Itu berkaitan dengan sihat tubuh badan, sihat tanpa penyakit yang memudarat­kan. Usia bukan faktor penentu untuk seseorang itu layak menjadi calon. Apa kaitan sihat dengan tua dan muda? Orang tua yang sihat, masih mampu bekerja dan turun padang menemui rakyat adalah lebih baik berbanding orang muda yang jarang mendampingi rakyat atau hanya turun ke bawah apa­bila memerlukan rakyat.

Alangkah baik jika orang muda yang masih sihat sanggup bekerja tanpa mengira kedudukan dan masa serta kerap mendampingi rakyat, bukan hanya menjelang PRU. Namun sekadar sihat tubuh badan juga belum menjamin tu­gas wakil rakyat berjalan lancar. Selain kesihatan, ada halangan lain yang menyebabkan wakil rakyat terganggu atau tidak mam­pu menjalankan tanggungjawab. Mereka sihat tubuh badan tetapi ‘tidak sihat’ dalam aspek lain. Sihat bukan setakat membawa maksud tidak ada sebarang pe­nyakit. Maksudnya boleh diper­luaskan kepada sesuatu keadaan yang baik, berjalan lancar, masuk akal, tidak menimbulkan kebu­rukan dan sebagainya. Kita biasa mendengar ayat yang dikaitkan dengan sihat seperti fikiran yang sihat, persaingan yang sihat, amalan yang sihat, Indeks Pence­maran Udara (IPU) tidak sihat, ge­jala tidak sihat dan pelbagai lagi. Maka eloklah sihat ini diperlu­askan lagi dalam kalangan bakal calon PRU, bukan setakat aspek kesihatan tubuh badan. Makna­nya, tidak terlibat dengan gejala tidak sihat seperti ketagihan da­dah, rasuah, salah laku moral dan macam-macam lagi.

Dalam politik, tidak dinafikan ada ketika musuh boleh menjadi kawan tetapi untuk meningkat naik, ada juga yang sanggup men­cari silap orang yang dimusuhi atau menjadi saingannya. Ibarat pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk. Kadang-kadang jika hasad dengki ada dalam hati seseorang pelba­gai usaha akan dilakukan untuk menyelak segala kelemahan yang ada. Menjelang PRU, akibat fikiran yang tidak sihat, akan ada orang yang akan membongkar kebu­rukan sekali pun sekadar ‘kudis’ atau ‘parut kecil’. Jangan sangka rakan keliling tidak memerhati anda. Ada saja yang boleh dijadi­kan ‘peluru’ untuk menyerang. Apa yang penting bagi musuh ini adalah untuk menjejaskan kredi­biliti calon supaya peluang untuk dicalonkan terjejas dan jika di­ pilih, mungkin menjejaskan pe­luang untuk menang. Kadang-ka­dang kerana anda berkereta besar atau berumah besar, ada pihak yang cemburu. Bukan setakat di gelanggang politik tetapi dalam kalangan rakan-rakan atau kelu­arga. Silap haribulan, boleh sam­pai ke pengetahuan ketua jabatan atau bos syarikat, mungkin juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lem­baga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pelbagai lagi.

Biasanya disebabkan perasaan cemburu dan hasad dengki, pen­gadu tanpa usul periksa dan menyelidik latar belakang isu akan membuat laporan. Contohnya jika anda sebagai bakal calon mempunyai kereta mewah ber­jenama tetapi melihat dengan mata kasar, anda berkeupayaan untuk memilikinya. Tanpa usul periksa, orang yang membuat aduan itu tidak perasan bahawa itu adalah kereta kereta terpa­kai (second hand) yang meng­ gunakan plat terkini! Begitu juga ada yang berumah besar tetapi pemiliknya hanya ada sebuah kereta lama yang tidak bertukar ganti berbanding orang lain asal keluar kereta baharu akan bertu­kar ganti. Hal sebegini mungkin tidak disedari tetapi perkara kecil beginilah yang menyebabkan musuh akan mencari jalan untuk menggagalkan seseorang itu dipilih sebagai calon. Keadaan inilah yang menyebabkan calon wakil rakyat perlu benar-benar ‘sihat’ bukan setakat sihat tubuh badan, mental dan fizikal.

Hari ini dalam era maklumat di hujung jari, sebaran fitnah atau berita palsu begitu pantas, bukan lagi mulut ke mulut tetapi di alam maya. Pelbagai salah laku, mala­han sehingga berkaitan peribadi calon akan menjadi bahan kem­pen. Bayangkan dalam tempoh 14 hari untuk menghadapi segala fit­nah (jika benar-benar fitnah) itu. Eloklah calon-calon yang bakal dipilih atau sudah terpilih me­nyemak semula ‘peribadi’ mereka supaya apabila tiba hari penentu­an, mereka tidak akan menimbul­kan masalah atau menyulitkan parti. Jika ada pun isu yang ter­palit, biarlah ia boleh diperjelas­kan tanpa menjejaskan peluang untuk bertanding. Ingatlah, wa­laupun kebanyakan calon yang akan menghadapi kempen PRU ini terdiri daripada orang Melayu Islam tetapi ada kalangan orang politik yang ‘tidak sihat’ sehingga tidak mampu berkempen dengan semangat ihsan, menggunakan akal fikiran tanpa mendedahkan keaiban orang. Tidak ada manu­sia yang sempurna kehidupan­nya. Sedikit sebanyak pasti ada kesilapan tetapi biarlah dengan bukti kukuh, bukan sekadar ber­cakap kosong. Sesiapa pun boleh membuat tuduhan dan dakwaan tetapi sejauh mana ianya berasas?

Bertandinglah dalam suasana demokrasi yang diizinkan. Ben­tangkan perancangan untuk rak­ yat sekiranya berkuasa bukannya ghairah mendedahkan keburu­kan orang yang tidak dapat dibuk­tikan. Di samping memenuhi kriteria ‘sihat’ yang meliputi pel­bagai aspek itu, parti-parti politik sudah tentu akan turut mengam­bil kira penerimaan masyarakat terhadap calon berkenaan. Tidak ada maknanya jika calon yang dipilih hanya digemari pemimpin bahagian atau negeri tetapi sukar diterima secara keseluruhannya di kawasan berkenaan. Situasi inilah yang kadang-kadang ber­laku dalam pilihan raya sehingga calon yang dipilih kecundang.

Seluruh jentera parti juga perlu ‘sihat’ supaya segala masalah dala­man diatasi serta tidak menggang­gu kempen pilihan raya. Pimpinan di semua peringkat parti juga per­ lu bersedia menerima calon pili­han. Mereka harus bersama bagai aur dengan tebing, seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, bukan menjadi enau di dalam belukar sehingga akhirnya menang jadi arang, kalah jadi abu. Begitu juga dengan pengundi. Mereka perlu ‘sihat’ dalam membuat pilihan. Hargai hak mengundi supaya pili­han di peti undi jangan sampai memudaratkan.

UMA290118010C#

Related posts

Leave a Comment