50 kawasan ‘top’ catat keahlian tertinggi

SEPANG 15 Jun – Selepas 30 hari dilancarkan semula, Bersama terus menerima sambutan rakyat dengan 50 kawasan Parlimen di seluruh negara merekodkan keahlian tertinggi.

Bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah keahlian tertinggi itu kecuali senarai kawasan Parlimen terlibat yang didahului kawasan Parlimen di Selangor.

“Dari Shah Alam hingga Sepanggar, dari Johor Baharu hingga Bukit Mertajam, ribuan rakyat biasa tampil menyertai Bersama kerana mereka mahukan politik yang lebih matang, berintegriti dan berpaksikan rakyat,” menurut kenyataan Bersama menerusi Facebook.

Kenyataan itu menyatakan Senarai Top 50 Parlimen dengan keahlian Bersama tertinggi membuktikan bahawa gelombang ini bukan tertumpu di satu negeri atau satu kaum sahaja. Ia sedang berkembang di seluruh Malaysia.

“Ini bukan tentang ahli politik. Ini tentang rakyat yang mula mencari pilihan baharu untuk masa depan negara. Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar, menjadi sukarelawan dan menyebarkan mesej perubahan.

Perjalanan masih panjang, tetapi langkah pertama sudah bermula. Bersama kita bina harapan. Bersama kita ubah masa depan. Bersama kita menang,” kata kenyataan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment