BIAR ‘sihat’ semuanya, bukan sekadar sihat tubuh badan. Itulah yang sepatutnya ada dalam diri calon yang akan bertanding semasa pilihan raya umum (PRU) akan datang. Memang kena dengan saranan supaya calon wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan walaupun tidak ada arahan khusus. Baru-baru ini Ketua Menteri Melaka, Idris Haron menyatakan semua calon Barisan Nasional (BN) wajib menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dipilih. Saranan itu disambut baik oleh Menteri Kesihatan, Dr. S. Subramaniam tetapi katanya, terpulanglah kepada calon sendiri untuk membuat pilihan sama ada perlu melakukan pemeriksaan kesihatan. Baginya tugas wakil rakyat bukanlah…
Read MoreMonth: January 2018
Formula ‘serah, beri’ bukan ‘tuntut, tukar’
MCA, Gerakan Satu Hati! Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) ini yakin dapat mencatatkan prestasi ‘lebih baik’ berbanding dua pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang berlangsung awal bulan ini menjadi titik tolak kepada parti-parti berkenaan untuk memadam rekod buruk dua penggal berturut-turut. Hasrat kedua-dua parti itu perlu disambut oleh anggota parti dengan menterjemahkan semangat satu hati untuk menjamin kemenangan pada PRU yang dianggap sebagai bapa segala pilihan raya itu. Sebagai rakan sepasukan BN, siapa juga calon yang diturunkan, sokongan harus diberi. Mengundi calon MCA bermakna…
Read MoreApa sebenarnya punca ugut sokong pembangkang?
BENARKAH 70 peratus sokongan pemandu teksi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan beralih kepada pembangkang? Pendirian itu dikaitkan dengan dakwaan rasa tidak puas hati golongan pemandu teksi terutama di Lembah Klang berhubung ‘layanan’ terhadap industri itu. Khabarnya pemandu teksi dianak-tirikan oleh kerajaan berbanding pemandu GrabCar dan Uber. Sukar mahu menjawab persoalan ini kerana apa yang dikatakan sebagai ugutan itu datang daripada seseorang yang tidak pasti sama ada 100 peratus pemandu teksi bersetuju dan menyokong kenyataan beliau atau mengenalinya sebagai pemimpin golongan yang terlibat secara langsung dalam industri teksi. Adakah…
Read MoreMasalah disiplin atau lindungi hak anak-anak
SESI persekolahan 2018 memasuki minggu kedua. Menyelak kembali minggu pertama, pelbagai ‘ragam’ dapat dilihat sama ada murid-murid yang kali pertama memasuki alam persekolahan atau pun ibu bapa yang ‘melepaskan’ anak mereka ke sekolah. Seperti biasa, orang kita yang sememangnya begitu kreatif ‘melakarkan’ pelbagai ‘peristiwa dan aksi’ ibu bapa, guru dan murid-murid pada musim persekolahan ini. Gambar beserta dialog nakal, sinis dan pelbagai lagi dicipta bagi menggambarkan suasana sesi persekolahan ini. Tidak kurang juga ibu bapa yang membuat tinjauan di sekolah termasuk ketika di kantin sehinggalah anak-anak menamatkan pelajaran pada hari…
Read MoreTahun baharu harapan baharu?
SELAMAT datang 2018, hari ini hari pertama tahun baharu Masihi. Bagi takwim Islam, tahun 1439 sudah menghampiri pertengahan bulan keempat iaitu Rabiulakhir. Biasanya setiap kali tahun baharu, pelbagai ucapan berserta azam ‘bermain-main’ melalui pelbagai mesej di telefon. Malam tadi, banyak acara yang diadakan sama ada bercorak agama atau hiburan. Percikan bunga api seolah-olah menjadi satu kemestian sambutan. Tahun baharu harapan pun baharu. Masing-masing mempunyai cita-cita atau matlamat untuk dicapai pada tahun ini. Bagi pihak kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN), Bajet 2018 yang menjanjikan beberapa perkara atau insentif untuk rakyat…
Read More