Undang-undang dilanggar, ganjaran ibadah terjejas

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang me­mikul. Amat sedih berha­dapan dengan situasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Itti­ faqiyah yang mengorbankan 21 orang pelajar dan dua guru. Leb­ih memilukan terutama dalam kalangan keluarga mangsa apa­ bila gambar atau video mangsa yang rentung di sebarkan melalui media sosial. Wajarkah gambaritu disebarkan? Ini bukan kali pertama gambar tragedi seumpama itu tular di media sosial. Sebelum ini beberapa gambar ngeri akibat kebakaran atau kemalangan sering tular di media sosial ter­masuk melalui WhatsApp.

Begitu pantas tersebar. Kenapa begitu? Siapakah yang bertang­ gungjawab menyebarkannya? Apakah tujuannya? Mahu jadi ‘wartawan’ yang pertama tiba di lokasi untuk melaporkan? Bagi yang  menyebarkannya mungkin satu kepuasan kerana berjaya mendahului orang lain, termasuk media cetak dan elektronik.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyifatkan penyebaran itu se­bagai tidak beretika dan adalah satu kesalahan undang­-undang. Jika sabit kesalahan boleh di­denda tidak lebih RM50,000 dan/atau tidak lebih satu tahun penja­ra. Adakah masyarakat peduli se­mua itu? Atau dalam era teknolo­gi maklumat ini, undang­-undang dan peraturan amalan media se­lama ini sudah tidak relevan?

Kelmarin, Sabtu tersebar pula senarai nama serta gambar mereka yang didakwa terlibat dengan kes ini. Polis belum keluar kenyataan rasmi, ‘fakta’ sudah diketahui umum. Apa sudah jadi dengan undang-­undang dan peraturan yang ada?

Sekali lagi media sosial men­dahului tanpa sebarang tapisan sedangkan mereka yang didakwa terlibat itu adalah remaja bawah umur. Kecuali mereka ini menja­di buruan polis untuk membantu siasatan, gambar dan nama mere­ka boleh disebarkan. Sebaliknya mereka sudah ditahan untuk proses reman. Penularan ‘lapo­ran’ seumpama ini tidak mampu dihalang lagi sama ada di pihak yang mencari kebenaran atau mereka yang didakwa menjadi punca kejadian.

Berhubung isu ini, masyarakat berada dalam dua isu ­ melahir­ kan insan yang dapat memperta­hankan agama Islam dan mereka yang hanyut dalam masalah so­sial, khususnya terlibat dalam ge­jala penyalahgunaan dadah. Kita simpati kepada anak-­anak yang sedang membesar ini. Simpati ke­pada ibu bapa mereka. Ibu bapa dan masyarakat hilang anak-­anak yang suatu masa nanti diharap menjadi umat yang soleh yang bakal meneruskan syiar Islam dan tidak akan membiarkan mas­jid dan surau lengang.

Kita juga simpati kepada ibu bapa dan anak­anak yang rosak akhlak dan tertanya­tanya kena­pa mereka dibiarkan ‘hanyut’ be­gitu. Kenapa hidup mereka tidak seperti anak­-anak tahfiz. Biar apa keadaan sekali pun, undang­-undang yang akan menentukan segala-­galanya.

Merujuk isu penularan foto yang tidak sepatutnya berlaku, inilah perbezaan ketara yang wu­jud antara media sosial dan media konvensional. Pengamal media cetak khususnya lebih profesional dan patuh undang-­undang ketika menyiarkan gambar ngeri sebegini. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memantau dan bersedia mengeluarkan surat teguran atau amaran sekiranya garis panduan berkaitan tidak dipatuhi. Itu situ­asi yang berlaku kepada media ce­tak. Sebaliknya KDN tidak mampu mengawal penularan berita atau foto yang disebarkan media sosial walaupun ada ‘kebenaran’ fakta mengenainya. Di sini terpulanglah kepada pihak yang ‘memiliki’ ba­han­-bahan itu, maksudnya orang pertama ‘di tempat kejadian’ dan merakam peristiwa berkenaan.

Mungkin sikap untuk memak­lumkan kepada masyarakat apa yang berlaku mendorong pemilik pertama maklumat ini mende­dahkan kepada umum. Haki­katnya tindakan itu bukan sa­haja mengundang simpati tetapi juga kecaman. Begitulah jadinya apabila telefon pintar sentiasa di tangan. Naluri manusia akan merakam dan menyebar dengan pelbagai tujuan yang sama ada disedari atau tidak mempunyai kesan baik dan buruk.

Lebih memudaratkan apabila ia dikaitkan dengan dosa pahala khusus bagi beragama Islam. Sedar atau tidak, ramai yang di tangan mereka mempunyai telefon pintar berpotensi men­ jadi penyebar fitnah atau sebagai ‘batu api’ yang boleh mengadu domba sehingga mencetus ke­ marahan pelbagai pihak. Apatah lagi rakyat Malaysia memang hebat dalam penggunaan What­ sApp ini, antara tertinggi di du­ nia mengikut laporan The Digital News Report 2017. Mungkin boleh dibuat kajian, bagaimana peng­ guna memanfaatkan WhatsApp itu sama ada untuk kebaikan atau lebih kepada bahan­bahan diang­ gap sampah, sarat dengan berita palsu, karut dan fitnah.

Lebih malang apabila keghaira­ han ‘bermain’ telefon ini menjejas­ kan ibadah kita atau mengurangkan ganjaran pahala. Selak pernah mem­ bincangkan isu ini pada 2 Mei 2016 di bawah tajuk ‘Hati-hati perangkap dosa halimunan di dalam poket’. Be­gitu juga kolumnis ruangan agama Mega, Abdullah Bukhari Abdul Ra­him yang menulis di bawah tajuk ‘Dosa halimunan media sosial’.

Kita tidak boleh menyekat penggunaan telefon pintar. Isu utama ialah berhati­-hati dan ber­hemahlah dengan penggunaan­nya. Bagi orang Islam, jangan sampai mengganggu atau men­jejaskan ibadah. Bukan sesuatu yang luar biasa apabila ketika so­lat, kedengaran pelbagai ‘muzik’ nada dering. Ada ayam berkokok, bayi menangis, orang bercakap, lagu rock dan macam­-macam lagi. Sudah menjadi tugas imam pula mengingatkan makmum mematikan telefon atau biarkan dalam mod senyap. Salah satu penggunaan yang tidak kena pada tempatnya ialah ketika beriba­dah. Contohnya ketika melakukan tawaf dan saie di Masjiidlhar­ am. Ada pantang larangnya bagi mengelakkan ganjaran pahala berkurangan.

Memerhati gelagat manusia di hadapan Kaabah, ada yang sambil tawaf menjawab panggilan telefon atau mengadakan siaran langsung untuk tontonan awam. Begitu juga bergambar. Bukan tidak boleh tetapi biarlah berpada. Ada ketika anggota keselamatan di Masjidil­ haram menegur jemaah supaya berdoa bukan sibuk bergambar. Dulu, tidak mustahil kamera di­ambil dan diminta memadamkan gambar berkenaan. Kini kead­aan sudah berubah. Kemasukan telefon tidak mampu dihalang.

Baru-­baru ini, ketika taklimat kepada jemaah haji yang bakal melakukan tawaf selamat tinggal, seorang penceramah Tabung Haji menasihatkan jemaah mening­galkan telefon dan wang di dalam bilik. Tujuannya supaya jemaah tidak terambil gambar atau ber­sedekah selepas tawaf wada’.

Dalam hal ini, eloklah difa­hami ‘pantang larang’ ketika beribadah kerana kejahilan akan menjejaskan ibadah itu. Teguran juga dibuat berhubung tindakan melahirkan keluh kesah men­genai kemudahan di Mina dan Arafah melalui media sosial. Tin­dakan mendedahkan ‘keburukan dan kesusahan’ bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap ke­mudahan TH boleh mengundang risiko yang tidak baik.

Jemaah perlu faham, situasi yang berlaku adalah disebabkan peningkatan kuota secara men­dadak yang tidak memungkinkan penyediaan kemudahan secuku­pnya. Bagaimana jika pihak kera­jaan Arab Saudi mengurangkan kuota yang ada jika isu keselesaan menjadi keutamaan? Apa kata ker­ana terlalu mengejar keselesaan, jumlah jemaah bakal dikurangkan?

Jangan tular sesuatu yang boleh menjejaskan ibadah kita dan orang lain. Hakikatnya tidak semua orang ‘sengsara’ den­gan kemudahan sedia ada. Bu­kan mahu menyembunyikan kelemahan atau ‘kesengsaraan’ tetapi pendedahan yang melam­pau mengenai perkara berkaitan boleh menjejaskan peluang orang lain beribadah. Justeru berhati­-hatilah ketika menggunakan media sosial untuk meluahkan sesuatu sama ada yang berbentuk makluman atau rungutan.

UMA180917010C_2#

Related posts

Leave a Comment