Pilihan raya negeri tergempar atau DAP sekadar gempak

KALUT. Itulah kesimpulan yang boleh dibuat apabila pakatan DAP dan PKR yang membentuk kerajaan Pulau Pinang belum mencapai kata putus mengenai pilihan raya negeri (PRN) tergempar. PAN pula tidak ada wakil dalam kerajaan negeri sementara Pas, bukan lagi rakan kerajaan negeri itu. Kekalutan ini ditimbulkan oleh DAP apabila Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhadapan dengan dua tuduhan rasuah. Guan Eng mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Un-dangan Negeri (ADUN) pada 28 Jun 2013 iaitu ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13. Ketika mengangkat sumpah ADUN, wakil rakyat Air Putih itu dalam lafaznya berkata: Saya Lim Guan Eng, setelah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Undangan bagi Negeri Pulau Pinang, adalah dengan ini mengangkat sumpah dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan saya sebagai yang de-mikian dengan jujur dengan sega-la daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Negeri Pulau Pinang dan kepada Persekutuan dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlemba-gaan Negeri Pulau Pinang,’’.

Apakah maksud di sebalik lafaz sumpah itu? Adakah berlaku sesuatu yang tidak kena sehingga timbul cadangan diadakan PRN? Adakah DAP dalam keadaan terdesak selepas sering bermain dengan kata-kata desakan dan gesaan terhadap kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) apabila berhadapan dengan sesuatu isu? Siapa yang tidak tahu hobi DAP yang sering mengeluarkan kata-kata seperti tubuh suruhanjaya siasatan diraja, bercuti, letak jawatan dan pelbagai lagi apabila berlaku `kepincangan’ melibatkan parti komponen BN. DAP dan sekutunya seolah-olah sentiasa bersih, tidak akan melakukan kesilapan, Malangnya DAP umpama mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih atau ayam berkokok berderai-derai, tapi ekor sendiri bergelumang dengan tahi!

Sabtu lalu, mengikut laporan Bernama, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih menunggu persetujuan rakan sekutunya PKR dan PAN sebelum memutuskan untuk melaksanakan PRN. Guan Eng dilaporkan berkata, pihaknya yakin PKR dan PAN sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan PRN. Khabarnya satu mesyuarat akan diadakan pada Ahad dan pengumuman akan dibuat. Tidak pasti Ahad bila, semalam atau minggu depan. DAP sebagai parti yang menang besar pada pilihan raya umum (PRU) lalu tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dan memberi masa secukupnya kepada sekutunya. Untuk rekod, daripada 40 kerusi, DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, BN (UMNO) 10 dan Pas 1. Jika PRN sekadar mahu mengukur respons rakyat negeri itu terhadap tuduhan ke atas Guan Eng, maka ia tidak perlu diadakan. Buang masa dan membazirkan wang! Tidak kira sama ada wang kerajaan negeri, kerajaan pusat atau wang rakyat. Eloklah Guan Eng teruskan penerangan kepada rakyat seperti majlis yang dirancang malam ini iaitu berkaitan “Masa Depan Pulau Pinang”. Jangan heret rakyat untuk membincangkan soal masa depan dirinya sebagai Ketua Menteri. Ukurlah sokongan yang diterimanya ketika mendapat undi bagi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tidak lama dulu. PAN pula dalam mesyuarat semalam akan akur terhadap keputusan sekutunya. Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula dilaporkan berkata, parti itu akan mengadakan perbincangan esok. Apakah rasional di sebalik DAP mahu mengadakan PRN? Adakah mahu menyelamatkan Guan Eng atau DAP? Bagaimana jika Guan Eng bertanding PRN kemudian didapati bersalah dan dihukum sehingga hilang kelayakan sebagai ADUN? Bukanlah satu kejutan jika wujud siri pilihan raya kecil (PRK). Situasi seumpama ini sudah terbukti sebelum ini. Banyak persoalan perlu dijawab kenapa DAP memerlukan PRN hanya kerana Ketua Menteri menghadapi tuduhan rasuah yang belum lagi dibicarakan. Siapakah yang mahu ditonjolkan DAP sebagai Ketua Menteri kerana jika beliau meletak jawatan hari ini, tidak ada calon boleh diketengahkan kerana tidak akan berlaku sebarang PRK. PRU ke-14 perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018 dan mungkin lebih awal, tahun depan.

Ketika ini, sebarang kekosongan di DUN Pulau Pinang tidak perlu diisi. Pilihan terbaik bagi Guan Eng sama ada bercuti atau meletak jawatan. Kerajaan DAP tidak terjejas jika beliau meletak jawatan. Ramai lagi yang boleh memikul tanggungjawab sebagai Ketua Menteri kecuali jika beliau ada seseorang yang mahu ditonjolkan. Lim Kit Siang juga mungkin boleh mengisi kekosongan itu. Adakah PRN ini juga peluang DAP menyusun semula jentera partinya dengan meletak calon pilihan yang setia dan tidak `menikam dari belakang’? Pada masa yang sama adakah DAP benar-benar berani mengadakan PRN atau sekadar `gempak menguji pasaran’ sementara mencari isu baru bagi melindungi masalah peribadi yang dihadapi pemimpinnya? Ketika ada beberapa isu yang gagal mendapat sokongan penuh dalam kalangan ADUN DAP di Pulau Pinang, kedudukan DAP mungkin tergugat.

Jika benar bahawa Gerakan, MCA dan MIC sudah mendapat semula keyakinan pengundi, maka sudah tentu kedudukan DAP akan terjejas, tambahan pula tanpa sokongan Pas di kawasan tertentu. Jika benar UMNO mampu mendapat keyakinan penuh orang Melayu, kedudukan PKR juga akan terjejas terutama di beberapa kawasan yang majoriti dimenangi PKR tidak besar. Lebih membimbangkan pakatan DAP-PKR-PAN ialah kemungkinan berlaku pertembungan tiga atau empat penjuru melibatkan parti pakatan-BN-Pas-Bebas. Pas akan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi sebelum ini malahan seluruh kerusi yang dimenangi PKR dan UMNO. Tidak dinafikan, kemenangan calon PKR sebelum ini adalah atas sokongan akar umbi Pas. Sejauh mana akar umbi Pas berpaling kepada PAN? DAP juga beranggapan seluruh jentera parti dan kerajaaan negeri dapat difokuskan di Pulau Pinang ber-banding PRU. Jika itu pilihannya, BN juga mampu berbuat demiki-an. Sama-sama kita tunggu esok, lusa dan seterusnya mengenai kekalutan PRN ciptaan DAP ini.

UMA250716012C#

Related posts

Leave a Comment