NAMPAKNYA ada pandangan pro dan kontra berhubung Program Transformasi Industri Teksi (TTIP) yang diumumkan minggu lepas. Ada pemandu teksi yang menyambut baik dan tidak kurang pula yang kurang gembira. Mungkinkah pengumuman Suruhanjaya Pengangkutan Awang Darat (SPAD) itu satu kesilapan ketika isu Uber dan GrabCar semakin hari semakin mengganggu emosi pemandu teksi? Adakah suasana atau respons yang diberi berbeza tanpa kehadiran isu Uber dan GrabCar? Kesediaan kerajaan untuk memberi semula permit individu satu keputusan yang seharusnya dialu-alukan oleh pemandu yang begitu lama ‘makan gaji’ dengan syarikat teksi. Ada juga pihak yang mendakwa TTIP ‘indah khabar daripada rupa’. Pengumuman itu bagi sesetengah pemandu bukan lagi seperti orang mengantuk disurungkan bantal. Kisah lama diungkit. Kenapa tiba-tiba sahaja permit individu dikeluarkan semula sedangkan sudah lama desakan dibuat supaya dikembalikan bagi membantu meringankan beban pemandu.
Begitulah pandangan atau persepsi buruk terhadap kerajaan apabila tindakan yang dilakukan sebelum ini dilihat sebagai satu ke silapan. Sekali persepsi buruk tertanam di dalam benak seseorang, buatlah apa pun yang dikatakan terbaik akan dianggap sebaliknya. Ketika bertemu beberapa pemandu teksi yang sudah lama terlibat dalam industri itu, Selak cuba memaklumkan bahawa permit individu akan dikeluarkan. Seorang pemandu menjawab: ‘Itu gula-gula’. Beliau mempersoalkan kenapa dahulu dibekukan. Mulalah dikaitkan dengan usaha untuk mempengaruhi pemandu teksi menerima kehadiran perkhidmatan Uber dan GrabCar. Disebabkan mahu ‘menghalalkan’ Uber dan GrabCar, maka TTIP diperkenalkan. Biar apa pun motifnya, pemandu teksi harus bersedia menerima Uber dan GrabCar. Walaupun perkhidmatan itu masih menjadi persoalan status undang-undang, promosinya sudah pun menjangkaui seperti perkhidmatan yang diluluskan.
Banyak cerita mengenai kebaikan Uber dan GrabCar. Pendapatan separuh masa dikatakan sekitar RM7,000 sebulan dan jika sepenuh masa pula RM12,000 sehingga RM13,000 sebulan. Begitulah mewahnya pendapatan perkhidmatan baharu itu. Jika begitu, apa lagi yang ditunggu oleh pemandu teksi? Kenapa tidak beralih kepada Uber dan GrabCar? Melihat senarai 11 program yang dibentangkan melalui TTIP, ada beberapa perkara yang dapat membantu meringankan bebanan pemandu. Bagaimana pun tidak semua yang akan dapat menikmati kemudahan yang bakal disediakan terutama melibatkan permit individu. Banyak halangan yang akan dihadapi pemandu kecuali kerajaan mempunyai jalan keluar yang belum diumumkan secara terperinci kecuali geran.
Contohnya faktor usia, pinjaman bank dan kelayakan pemohon tidak disenarai hitamkan. Ramai pemandu teksi yang sudah mencecah usia lebih 55 tahun. Adakah institusi kewangan ber sedia memberikan pinjaman? Seorang pemandu memberitahu, usia teksinya sudah hampir sembilan tahun dan akan habis bayaran sewa beli dengan syarikat. Dia sepatutnya gembira dengan pengumuman itu, tetapi dia sedar tidak layak kerana masih dalam senarai hitam bank akibat satu perniagaan yang pernah dilakukan. Walaupun hutang itu melibatkan rakan kongsi tetapi namanya juga terbabit. Seorang lagi memberitahu, beliau pernah memohon permit tetapi ditolak kerana gagal menunjukkan akaun bank yang mengandungi sejumlah wang.
Bagi yang memandu teksi syarikat juga, khabarnya perlu menunggu sehingga kontrak pajak selesai.
Jika dibatalkan, deposit yang diberi sebelum ini akan ‘hangus’. Inilah dilema pemandu teksi. Diharapkan jumlah pemandu dalam dilema ini tidak ramai. Pihak berkuasa juga harus melihat keupayaan sebenar pemandu teksi. Mereka mampu membayar sewa bulanan yang tinggi dalam keadaan terpaksa me nyebabkan harga kereta yang sebe narnya murah melambung tinggi. Jika orang luar membayar RM700 sebulan, harga bulanan yang dibayar pemandu teksi mencecah sehingga RM1,700.
Mengenai e-hailing, kebanyakan pemandu teksi telah melnai tambang 2,000 Teksi 1Malaysia atau TEKS1M yang menggunakan Proton Exora. Malangnya sambutan yang diberi tidak memuaskan.
Ramai penumpang gusar kerana tambang yang dianggap mahal. Kini TEKS1M baharu akan kem bali kepada kadar tambang teksi bajet semasa. Jelaslah bahawa penumpang bukan sahaja inginkan perkhidmatan yang selesa tetapi juga tambang yang lebih murah. Inilah cabaran yang bakal dihadapi oleh pemandu-pemandu teksi bermeter apabila Uber dan GrabCar beroperasi sepenuhnya. Tambang murah dan tidak meningkat ketika terperangkap dalam kesesakan menjadi pilihan. Mungkin Uber dan GrabCar boleh mengajar sesetengah pemandu teksi bermeter yang masih berdegil mengenakan tambang ikut suka.
a lui proses inovasi. Mereka pernah mengambil penumpang menggunakan sistem operator telefon radio teksi, khidmat pesanan ringkas (SMS), MyTeksi dan kini Grab. Janganlah mudah membuat andaian bahawa pemandu teksi kita tidak mahu menerima inovasi atau perubahan. Malangnya ketika ini, panggilan terhadap teksi bajet melalui aplikasi kini dikatakan berkurangan. Telefon sunyi sepi. Di manakah silapnya? Di aplikasi ini, teksi bajet sudah pun menduduki pilihan kedua berbanding di peringkat awal, sebagai pilihan pertama. Satu perkara lagi mengenai tambang 2,000 Teksi 1Malaysia atau TEKS1M yang menggunakan Proton Exora. Malangnya sambutan yang diberi tidak memuaskan.
Ramai penumpang gusar kerana tambang yang dianggap mahal. Kini TEKS1M baharu akan kembali kepada kadar tambang teksi bajet semasa. Jelaslah bahawa penumpang bukan sahaja inginkan perkhidmatan yang selesa tetapi juga tambang yang lebih murah. Inilah cabaran yang bakal dihadapi oleh pemandu-pemandu teksi ber meter apabila Uber dan GrabCar beroperasi sepenuhnya. Tambang murah dan tidak meningkat ketika terperangkap dalam kesesakan menjadi pilihan. Mungkin Uber dan GrabCar boleh mengajar sesetengah pemandu teksi bermeter yang masih berdegil mengenakan tambang ikut suka.
UMA220816012C#