Jangan biarkan pahala ibadah Ramadan ‘dikutip’ orang

HARI ini hari ke-12 kita menunaikan ibadah puasa. Syukur­ lah kerana umat Islam di negara ini dapat melaksanakan ibadah ini dengan baik, dalam suasana yang jauh bezanya dengan beberapa negara di dunia. Ada negara yang terpaksa berpuasa sehingga melebihi 17 jam, serta dalam cuaca panas melampau. Ada juga berpuasa dalam situasi kacau-bilau akibat konflik atau pe­perangan, hidup sebagai pelarian. Paling sedih ada juga masyarakat Islam minoriti di wilayah Xinjiang, China yang dihalang menunaikan ibadah puasa Ramadan setahun sekali ini. Sekali lagi, kita harus bersyukur dengan apa yang dinikmati sepanjang Ramadan…

Read More

Kemelut MIC perlu kompromi, orang tengah

KRISIS dalaman MIC bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ada yang berkata, bukanlah MIC jika tidak ada krisis dalaman. Ketika era S.Samy Vellu sebagai pemimpin paling lama iaitu selama 31 tahun, banyak isu dalaman yang dihadapi. Ketika itu berlaku pemecatan dan penggantungan anggota parti tetapi kedudukan Samy Vellu tetap teguh sehinggalah timbul gerakan untuk menyingkirkannya melalui Gerakan Anti Samy (GAS). Ketika era Samy Vellu juga, masalah dalaman membawa kepada penyingkiran pemimpin-pemimpin utama, melibatkan timbalan presiden dan naibnaib presiden. Akibat pemecatan dan penyingkiran itu juga melahirkan parti serpihan MIC. Jadi tidak hairanlah…

Read More

Tidak perlu disekat rezeki Ramadan al-Mubarak

BEBERAPA hari lagi, umat Islam akan memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Bulan yang penuh keberkatan ini memang dinanti-nantikan kerana ganjaran pahala yang ditawarkan. Tidak kurang juga mereka yang menantikan kedatangan Ramadan ini untuk menambah pendapatan hasil perniagaan menjual juadah berbuka puasa dan pelbagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tidak hairanlah tapak bazar Ramadan menjadi rebutan. Di sesetengah tempat ada yang bergaduh berebut tempat. Menyelak kadar sewa tapak yang ditawarkan sama ada secara undian atau tender, jelaslah jangkaan `hasil jualan’ di bazar berkenaan memang berbaloi. Jika tidak, mungkin tapak itu…

Read More

Tidak ‘pelik’ perwakilan Pas memilih prinsip perjuangan

KERAJAAN DAP Pulau Pinang menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu jelas menunjukkan Mat Sabu berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Mat Sabu tanpa disuruh (meletak jawatan) melepaskan kedudukannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Bub. Tahniah kepada bekas ‘ayam sabung’ Pas yang dikatakan oleh Guan Eng berpegang kepada…

Read More