Langkah Palanivel selepas patuhi arahan ROS

SEJARAH hitam dalam parti politik sudah menjadi lumrah. Setiap parti politik sama ada yang lama atau baharu akan menghadapi situasi ini. Jika diselak semula sejarah, pelbagai masalah dalaman berlaku, kebanyakannya berpunca daripada pemilihan dalam parti. Gara-gara pemilihan, UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah dibatalkan pendaftarannya. Begitu juga MCA yang sering berhadapan krisis kepemimpinan. Gerakan, PPP serta parti komponen BN lain di Sabah dan Sarawak juga tidak sunyi daripada masalah dalaman yang ada juga berpunca daripada pemilihan. Apa yang membezakan, sama ada parti itu dibatalkan pendaftaran, mengadakan semula pemilihan atau digantung. Kini giliran MIC pula. Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) baru-baru ini memaksa MIC mengadakan semula pemilihan bagi memilih tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

Pemilihan semula juga melibatkan lapan bahagian sementara bagi jawatan tertentu untuk tiga bahagian lain dan satu cawangan. Keputusan itu memang satu sejarah sedih bagi MIC sejak penubuhannya pada 1946 walaupun hakikatnya, banyak peristiwa hitam dan sedih telah berlaku. Selak kembali apa yang tercatat dalam sejarah MIC sebelum ini, ketika di bawah kepemimpinan S.Samy Vellu. Adakah mereka sedih apabila MIC ‘melahirkan’ beberapa parti serpihan, memecat serta menyisihkan beberapa pemimpin utama parti itu yang berpotensi sebagai barisan pelapis? Itulah situasi yang patut `diratapi’ oleh MIC bukannya apa yang berlaku pada hari ini akibat ‘kesilapan’ atau masalah teknikal ketika pemilihan. Kesilapan boleh diperbetulkan tetapi ketelanjuran dalam bertindak buruk padahnya. Arahan mengadakan semula pemilihan selepas ROS menyiasat aduan ‘tidak mengikut peraturan’ dalam pemilihan 2013. Terdapat juga dakwaan tentang cara yang tidak mengikut peraturan berhubung kertas undi bagi pemilihan tiga naib presiden. Dalam pemilihan bagi penggal 2013-2016 itu, lapan calon bertanding merebut jawatan naib presiden sementara 88 calon, termasuk dua wanita, bertanding bagi 23 jawatan dalam CWC.

Apakah di sebalik insiden ini menjejaskan reputasi Presiden, G. Palanivel? Adakah insiden ini yang
turut dialami parti politik lain akan digunakan oleh pihak tertentu sama ada di dalam atau di luar parti yang
tidak berpuas hati dengan Palanivel? Seperti kenyataan Timbalan Presiden, Dr. S. Subramaniam, anggota
parti diminta bertenang dan tetap fokus. Katanya, MIC tidak akan musnah akibat insiden seperti ini. Beliau mengajak anggota parti bersatu dan mengenal pasti kelemahan, mengesan punca masalah dan melakukan apa juga perubahan demi mengangkat parti ke tahap lebih tinggi. Begitulah kenyataan orang No. 2 MIC ketika No.1
mempunyai urusan negara di luar negara. Adakah anggota parti akan mengikut seruan Subramaniam atau akan muncul puak tertentu yang mengambil kesempatan?

Mereka pada masa yang sama cuba mengheret Palanivel untuk dijadikan punca kepada masalah. Ditambah pula sikap Palanivel yang tidak suka `bising’ atau tidak banyak bercakap sama ada mengenai parti atau kementeriannya menyebabkan kehadirannya tidak dirasai. Ada yang berkata, kementerian yang diterajui Palanivel juga tidak mencabar, tidak banyak isu yang mampu menarik publisiti dan minat orang ramai. Hanya sekali sekala kementeriannya dirujuk apabila timbul isu alam sekitar seperti jerebu atau tanah runtuh. Mungkin jika ditanya apakah kementerian yang diterajui oleh Palanivel, ramai yang tidak mampu menjawabnya atau gagal memberi jawapan yang tepat. Cuba selak di media cetak, berapa banyak Palanivel bercakap mengenai isu  kementeriannya?Jika ada pun, mungkin tidak menjejaskan reputasi Presiden, G. Palanivel? Adakah insiden ini yang turut dialami parti politik lain akan digunakan oleh pihak tertentu sama ada di dalam atau di luar parti yang tidak berpuas hati dengan Palanivel? Seperti kenyataan Timbalan Presiden, Dr. S. Subramaniam, anggota parti diminta bertenang dan tetap fokus. Katanya, MIC tidak akan musnah akibat insiden seperti ini. Beliau mengajak anggota parti bersatu dan mengenal pasti kelemahan, mengesan punca masalah dan melakukan apa juga perubahan demi mengangkat parti ke tahap lebih tinggi. Begitulah kenyataan orang No. 2 MIC ketika No.1 mempunyai urusan negara di luar negara. Adakah anggota parti akan mengikut seruan Subramaniam atau akan muncul puak tertentu yang mengambil kesempatan?

Sebagai bekas wartawan, beliau lebih arif tentang nilai sesuatu berita. Hakikatnya, kementeriannya (elok pembaca cari apa nama kementerian itu) yang diterajui Palanivel meliputi hal-hal berkaitan alam sekitar, taman laut, pengurusan hutan, saliran dan pengairan, hidupan liar, mineral di samping pengurusan dan pentadbiran tanah, pengukuran tanah dan pemetaan. Adakah kerana kementerian yang tidak popular menjadikannya tidak sehebat menteri lain termasuk timbalannya dalam parti? Memanglah kenyataan akhbar tidak menjadi ukuran kejayaan sesebuah kementerian tetapi ada pihak yang akan cuba mengaitkannya dengan kejayaan seseorang ahli politik walaupun banyak bercakap tetapi masalah tidak selesai.

Begitu juga dalam parti. Adakah Palanivel tidak cukup menggunakan kuasa? Cuba selak kembali bagaimana
‘peranan’ yang dimainkan oleh presiden terdahulu sepanjang 31 tahun memimpin MIC. Adakah sama corak kepemimpinan Palanivel yang mengambil alih jawatan itu pada tahun 2010? Tentunya pendekatan
mereka berbeza. Sebagai orang berpengalaman, Samy Vellu sudah `masak’ dengan ‘sepak terajang’ politik. Beliau berani bertindak terhadap mana- mana pemimpin yang dilihatnya membawa masalah atau melanggar peraturan parti. Tidak ramai yang berani membantah atau bersuara. Lihat apa yang berlaku kepada timbalannya terdahulu, S.Subramaniam, beberapa Naib Presiden seperti M.G Pandithan, K.Pathmanaban dan V.Govindaraj. Akibat itu muncul beberapa parti serpihan, ada yang mati dan ada yang kekal sehingga ke hari ini. Samy Vellu juga pada tempoh akhir memimpin parti itu dihadapkan dengan Gerakan Anti Samy atau GAS yang mahu `menghalau’ pemimpin itu daripada barisan kepemimpinan parti. Namun Samy Vellu mampu menghadapinya. Begitulah `kehebatan’ Samy Vellu yang mungkin tidak ada pada Palanivel.

Sebaliknya, Palanivel dilihat seorang yang cuba mendemokrasikan parti. Beliau membuka `pintu’ untuk anggota parti mengkritiknya dan jarang bertindak balas. Proses pemilihan juga dilakukan secara terbuka. Timbalannya pula bebas bergerak dan bersuara, tidak seperti ketika eranya sebagai orang No.2. Palanivel pernah duduk sebagai orang No.2 dan beliau boleh bandingkan dengan kedudukan orang No.2 semasa era Samy Vellu. Beliau tidak menghalang anggota parti membuat aduan kepada ROS dan sedia menerima sebarang keputusan. Itulah `kelebihan’ Palanivel sehingga beliau dianggap tidak tegas, tidak agresif dan lemah dalam menangani isu dalaman parti.

Palanivel perlu berubah supaya MIC juga berubah sebelum persaraannya. Beliau masih mempunyai banyak masa. Dengan imejnya yang bersih, beliau perlu meletak `wajah-wajah’ yang mampu memulihkan MIC dan terus mara ke hadapan. BN sudah memberi peluang kepada MIC di bawah kepemimpinan Palanivel. Buktinya, MIC memperoleh dua jawatan menteri penuh. Adakah jawatan Kabinet ini juga menjejaskan kedudukan Palanivel sebagai orang No.1 parti? Pemerhati politik boleh membuat rumusan. Apa yang pasti, Palanivel perlu melakukan sesuatu sebelum beliau disingkirkan secara halus. Ingatlah dalam politik, apa sahaja kesempatan akan dipolitikkan. Kehadiran anggota parti pada satu-satu majlis pun akan dijadikan ukuran sokongan. Musuh
akan bertukar menjadi kawan dan kawan akan menjadi lawan. Masingmasing ada kepentingan. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kedudukan. Palanivel, anak didik Samy Vellu perlu berwaspada supaya hasratnya membawa perubahan dalam parti tidak diambil kesempatan. Kita lihat apa tindakan Palanivel selepas ini. Cabarannya amat besar selepas laluan mudah yang diterima sebagai orang No. 1 MIC.

UMA081214010C#

Related posts

Leave a Comment