Apabila Kuala Lumpur bertukar menjadi ‘Hulu Tembeling’

SABTU 9 Julai 2011, pukul 12.18 tengah hari, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pak Lang, seorang pemandu teksi di ibu negara. Beliau memberi respons kepada pertanyaan penulis mengenai operasinya di Kuala Lumpur (KL) pada hari berkenaan. Jawabnya: Tanya Mat Sabu. Biar dia jawab. Laluan di pinggir KL nak masuk jammed. Dalam bandar kebanyakan laluan ditutup. Tak ada hasil di dalam bandar”. Jawapan ringkas tetapi penuh makna. Baginya KL tibatiba bertukar menjadi Hulu Tembeling (rujuk kenyataan Mat Sabu bidas peniaga, pemandu teksi yang bantah Bersih supaya berniaga di Hulu Tembeling yang tiada orang) kerana ramai orang dan teksi tidak boleh masuk KL. Memang betullah kata Mat Sabu, orang No. 2 Pas kalau tak nak orang ramai, pergilah berniaga dan bawa teksi di Hulu Tembeling. Di Hulu Tembeling, selain pelancong, yang ada tentulah haiwan seperti monyet yang bergayut ke sana sini, yang tidak pedulikan manusia. Monyet yang tidak bersekolah tentulah tidak naik teksi atau membelibelah. Tetapi di Kebun Bunga, Pulau Pinang, ada monyet yang jadi peragut, pantang tengok manusia bawa beg, akan cuba dirampasnya.

Seorang lagi pemandu teksi, Pak Long pula agak bernasib baik kerana mendapat ‘manfaat’ daripada tindakan Mat Sabu dan sekutunya yang berkumpul di KL Sentral. Penumpang Pak Long dari Pandan Jaya mahu ke KL Sentral, nak ambil bas tambang murah RM10 ke KLIA. Tetapi apabila diberitahu laluan ke KL Sentral ditutup, penumpang meminta Pak Long membawanya terus ke KLIA. Pak Long lega kerana dapat meninggalkan KL. Tetapi semasa mahu pulang, beliau terperangkap dalam sekatan polis. Itu kisah Pak Lang dan Pak Long pada hari perhimpunan haram Bersih yang menurut Mat Sabu akan menyebabkan ramai naik teksi, membelibelah serta minum.

Penulis kemudiannya mengambil komuter dari Bangi untuk ke pejabat. Mungkin kerana ditemani dua orang anak yang mahu singgah di Kajang dan tidak kelihatan seperti seseorang yang mahu menyertai demonstrasi, empat anggota polis di stesen itu tidak berkata apaapa. Tetapi ada penumpang lain yang membawa beg diperiksa dan ditanya mahu ke mana. Melangkah masuk ke dalam komuter, penulis terkejut kerana masih banyak tempat duduk. Biasanya pada waktu itu, jangan harap ada ruang untuk duduk. Tetapi kelmarin, keadaan berbeza. Begitu juga ketika di stesen UKM. Satu lagi ‘manfaat’ Bersih apabila tidak ramai orang menggunakan komuter pada hari itu.

Di stesen Kajang juga hampir sama. Entah ke mana manusia pada hari itu sehingga ‘perut’ komuter yang sering sarat manusia begitu selesa. Di stesen itu, ketika tren mula bergerak, tibatiba muncul seorang lelaki yang sudah berusia dari koc wanita memasuki koc yang diduduki penulis. Sambil tersenyum beliau berkata: ‘‘Silap masuk koc wanita, nasib baik depa bagi tau’’. Peramah pak cik tu. Dia bersandar di pintu sambil berbual dengan dua orang anak muda. Ditangannya ada senaskhah akhbar tabloid. Dia datang dari Kedah. Secara tibatiba dia mengeluh apabila bercerita mengenai polis yang menahan dan memeriksanya di stesen. Katanya:‘‘Perhimpunan haram jadah. Pak cik bukan jenis manusia yang macam tu suka menyusahkan orang. Bangang punya lawyer, orang nak pi shopping pun takut. Pak cik benci depa ni, menyusahkan orang,”.

Beliau juga menceritakan bagaimana masanya banyak terbuang kerana sekatan jalan sebelum tiba di KL sehari sebelum itu.

“Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dah bagi stadium depa tak nak pi…nak pi atas jalan juga. Bodoh betoi (betul)’’. Macammacam lagi dia menyumpah, maki hamun perhimpunan haram itu. Pak cik tu beritahu, dia bukan orang politik tetapi apabila berlaku macam ni, dia geram kerana puak politik sudah menyusahkan orang. Sambil menunjukkan akhbar berkenaan dia berkata: Baca boleh percaya jangan.

“Hari ni (Sabtu) orang nak rehat, jalanjalan, shopping, semua tak jadi…bodoh. ”

Dia juga kesal kerana yang ikut perhimpunan tu kebanyakannya orang Melayu, ada yang ‘berdahi hitam’ dan

anakanak muda. Semuanya Melayu. Itu satu lagi kebodohan orang yang sebangsa dengannya. Malu. Banyak lagi yang diluah sepanjang perjalanan sehingga penulis turun di stesen Salak Selatan.

Pastinya sumpah seranah akan lebih memuncak apabila dia tiba di stesen KL Sentral atau KL menyaksikan kekecohan penyokongpenyokong Bersih yang berlagak sebagai penumpang.

Maka berdasarkan makluman Pak Lang, Pak Long dan Pak Cik Kedah yang menaiki komuter itu, nyatalah perhimpunan Bersih berjaya menyusahkan banyak pihak.

Anwar Ibrahim, Mat Sabu malahan pemimpin gagasan negara berkebajikan (dulu negara Islam), Abdul Hadi Awang juga berjaya membantu pemimpin Bersih, S.Ambiga untuk menyusahkan orang ramai dan anggota polis. Mereka berjaya membawa ramai Melayu keluar bertebaran di jalanan.

Memang Ambiga hebat. Betullah kata orang tangan (wanita) yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia.

Kesimpulannya, perhimpunan Bersih berjaya menjejaskan periuk nasi pemandu teksi, peniaga dan penjaja kecil, berjaya menakutkan pelancong serta meletakkan imej buruk kepada negara luar. Mereka juga berjaya menjejaskan kemeriahan majlis perkahwinan sehingga makanan membazir disebabkan ramai tetamu tidak hadir.

Kejayaan lebih besar tentunya dapat mengajak rakyat ingkar perintah Seri Paduka.

Apa pun terima kasih kepada pasukan keselamatan yang berjaya mengekang perhimpunan ini. Di sesetengah lokasi, anggota polis tidak bertindak kasar terhadap peserta perhimpunan walaupun diasak dengan pelbagai tindakan.

Di lokasi lain, untuk menyuraikan keadaan, mereka bertindak mengikut undangundang seperti menggunakan gas pemedih mata dan meriam air. Lebih menariknya, ketika polis hanya menjamah nasi bungkus ketika bertugas mengawasi perhimpunan ini, orang yang ditahan pula menikmati makanan ala bufet.

Selepas ini pasti ada laporan kononnya polis ‘bertindak kasar’. Itu sudah dijangka. Tetapi mereka lupa bahawa perhimpunan Bersih adalah haram. Mereka harus bersedia menerima risiko apabila melakukan perkara yang haram. Kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dengan gas pemedih mata, kalau takut dirempuh manusia, jangan sertai perhimpunan haram! Duduk di rumah.

Yang jelas, perhimpunan haram ini ada agenda tersembunyi.

Di kalangan peserta perhimpunan ini, ada wakil rakyat yang mempunyai saluran bersuara di Parlimen. Kenapa harus mengganggu urusan harian orang awam di jalanan? Mereka sudah diberi pilihan untuk mengadakannya di stadium tetapi jalan raya juga jadi pilihan. Mungkin ketika mereka bergerak menyertai perhimpunan itu, mereka sudah terbayangkan Seri Perdana dan Putrajaya. Matlamat mereka seolaholah mahu menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya bukannya pilihan raya.

UMA110711013C001

Related posts

Leave a Comment