Bersih: Demokrasi , demonstrasi, provokasi

KELMARIN, penulis di negeri pimpinan Pas, Kedah bagi menghadiri Kejohanan Sepaktakraw KFCUtusan Zon Utara. Terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar dan ahliahli majlis yang turut hadir pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim.

Menjelang demonstrasi Bersih, seperti negeri lain, Kedah juga tidak terlepas daripada isu ini. Cerita mengenainya berlegar sehingga ke stadium dan restoran. Walaupun tidak ketara tetapi mereka berbisikbisik mengenai tindakan tegas polis terhadap kumpulan yang cuba mempromosikan Bersih.

Seorang sahabat pula yang menghadiri Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di Sungai Petani memberitahu, beliau terkandas di kawasan tol Lebuh Raya Utara Selatan dalam perjalanannya ke Alor Setar garagara sekatan jalan oleh polis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Bersih. Sekatan juga berlaku di jalan biasa.

Itu suasana seminggu sebelum demonstrasi yang dicadangkan mengambil tempatnya. Bagaimana keadaannya dalam sehari dua lagi jika sesuatu tidak dilakukan?

Kata orang No.2 Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu, demonstrasi haram itu tetap diteruskan dan ia tidak mengganggu ‘kehidupan’ peniaga dan pemandu teksi di ibu kota. Sebaliknya ramai yang akan membelibelah dan naik teksi pada 9 Julai! Begitulah usaha Mat Sabu untuk ‘membersihkan’ Bersih atau ‘menghalalkan’ demonstrasi haram itu.

Mengikuti ceramah Mat Sabu, memang kadangkala ada pandangan yang baik, lucu dan merapu. Tetapi berkaitan ‘pintu rezeki’ pemandu teksi dan peniaga ini pula bolehlah dianggap kenyataan bodoh atau bebal. Siapa pemandu teksi yang mahu masuk Kuala Lumpur jika sudah tahu keadaan sesak tidak terkawal?

Rakan pemandu teksi, Pak Lang dan Pak Long ketika ditanya pandangan Mat Sabu itu bertanya: ‘‘Demonstrasi haram 9 Julai tu tidak sama ka seperti tahun 2007?’’.

Pak Lang dan Pak Long tidak menjawab soalan tetapi soalan balas itu sudah menjawab persoalan tersebut. Maknanya Pak Lang dan Pak Long sudah merasai bahangnya lebih teruk berbanding pengalaman 2007. Lainlah jika demonstrasi itu diadakan di stadium dan orang ramai digalakkan mengguna pengangkutan awam pergi dan balik secara teratur.

Mengenai peniaga pula cuba selak kembali perhimpunan 2007. Penulis pernah menyelak isu ini di ruangan Politik Minggu Ini di bawah tajuk Demonstrasi ada cara dan tempatnya (Mingguan Malaysia 2 Disember 2007). Adakah peniaga gembira? Lebihlebih lagi pada hari Sabtu ada pasar malam di Lorong Tuanku Abdul Rahman. Belum tentu laksa Kedah, bihun sup utara, keropok lekor, nasi kerabu, ketupat palas, cendol pulut dan macammacam lagi terjual laris. Silap haribulan terbuang atau tercemar begitu sahaja.

Mat Sabu dan rakanrakannya akan mencari alasan untuk menghalalkan demonstrasi haram ini. Dan ‘menghalalkan yang haram’, ‘mengharuskan yang makruh’ bukan sesuatu yang luar biasa apatah lagi melibatkan undangundang ciptaan manusia.

Semalam di Johor, satu kumpulan diketuai Ahli Parlimen Bakri (DAP) sanggup turun ke Johor Bahru yang diwakili Shahrir Samad (BN) untuk mengadakan kempen Negara Bersih Rakyat Bertuah. Walaupun risalah diedarkan menyebut Aktiviti ini tiada kaitan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 hb Julai jam 2 petang di KL tetapi bak kata orang Melayu terkilat ikan di air sudah tahu jantan betinanya.

Setiap perkataan bersih ditonjolkan seperti patut BERSIHkan, menjaga keBERSIHan, Negara BERSIH. Risalah itu dicetak oleh DAP Malaysia Jalan Yew off Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Selain sudah jelas maksud tersirat dan
tersurat, yang peliknya kenapa baru sekarang nak diadakan kempen kebersihan itu? Kenapa di Johor Bahru, tidak di Bakri?

Ada pula yang berkata, jika pilihan raya itu bersih dan adil, Trio 3P DAP, Pas, PKR akan menang semua negeri dan menawan Putrajaya.

Sekali lagi benarlah apa yang diselak minggu lepas iaitu bagaimana mahu mengenali watak pembangkang ini. Sesuatu yang tidak memihak kepada mereka akan dianggap tidak wajib diikuti. Semuanya salah, tidak betul, haram dan macammacam lagi. Tetapi jika sesuatu yang memberi faedah atau menguntungkan mereka, maka itulah yang terbaik.

Sikap begini juga berlaku di negara tetangga kita, Thailand yang baru selesai mengadakan pilihan raya.

Menurut pegawai pilihan raya Thailand, jika pihaknya memberi ‘kad merah’ kepada pembangkang itu dianggap tidak adil dan jika diberi kepada pihak kerajaan itu dianggap betul. Begitulah sebenarnya sikap pembangkang.

Dan cuba selak juga bagaimana Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membantah konsert MTV World Stage di ICity, Shah Alam. Beliau tampil di pentas Muktamar Pas Ke57 barubaru ini dengan berkata, ratarata penduduk Seksyen 7, Shah Alam tidak berpuas hati dengan penganjuran konsert itu kerana menimbulkan kesesakan lalu lintas dan kebisingan.

Apakah demonstrasi jalanan Bersih dijamin tertib, aman, bersih, senyap dan lalu lintas tidak sesak? Adakah penduduk Seksyen 7 Shah Alam sahaja yang tahu erti sesak dan bising?

Barubaru ini Mat Sabu berkata, beliau sedia ditahan kerana Bersih. Diputarnya cerita, mereka yang menyertai Bersih itu adalah pencinta demokrasi dan pelik jika pencinta demokrasi ditahan. Adakah dengan mengadakan demonstrasi itu menggambarkan mereka pencinta demokrasi? Adakah mereka yang membantah demonstrasi Bersih itu tidak mencintai demokrasi?

Tidak ada jaminan bahawa demonstrasi besarbesaran itu berlangsung dalam aman dan selamat. Pasti ada unsurunsur provokasi yang boleh mencetuskan huruhara lebihlebih lagi apabila kumpulan ‘Perkasa, Patriot dan Pesilat’ juga akan turun gelanggang.

Maka adakah demonstrasi atas nama demokrasi itu mampu menjamin kestabilan atau membawa kemusnahan?

Semoga rakyat Malaysia terutama orang Melayu beragama Islam tidak terlibat dalam perkara yang boleh menjurus kepada kehancuran. Mungkin lebih baik mereka menyertai program Bersih Kubur, Bersih Hati seperti dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur semalam. Dan sempena bulan Syaaban ini elakkanlah diri kita bertolongtolongan ke jalan kerosakan.

UMA040711011C001

Related posts

Leave a Comment