‘Besi’ dedah aksi dan ‘wajah’ sebenar provokasi demonstrasi

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) diasak hebat oleh pembangkang dan media alternatif propembangkang mengenai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai 2011. Pelbagai tuduhan dilemparkan keatas pasukan keselamatan yang bertanggungjawab menjaga keamanan majoriti rakyat negara ini yang meluat dengan demonstrasi jalanan. Selepas dua minggu dan sesudah ‘aksi besi’ (rujuk kenyataan Abdul Hadi Awang video sebagai besi) dipaparkan terutama mengenai lagak ayam sabung Pas, Mat Sabu, adakah persepsi buruk terhadap polis berkurangan? Adakah polis masih tertekan? ‘‘Tekanan darah IGP (Ketua Polis Negara) okey,’’ kata Pengurus Kanan Pengurusan Tenaga Manusia Pantai Holdings Berhad, Ridzuan…

Read More

Pengguna perlu pandai memilih peniaga berjiwa besar

DUA minggu lagi umat Islam dijangka memulakan ibadah puasa pada bulan Ramadan. Sebulan lamanya umat Islam akan ‘menahan lapar dan dahaga’ pada siang hari di samping mengelakkan daripada melakukan perkaraperkara yang boleh mengurangkan pahala puasa atau membatalkan ibadah itu. Ketika ini banyak program dirancang oleh pelbagai pihak termasuk masjid dan surau bagi menyambut bulan yang mulia ini. Tidak ketinggalan kerajaan Pas Kedah yang begitu bersemangat untuk melarang pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan. Bagaimanapun selepas diberi ‘kata dua’ oleh DAP, akhirnya hasrat itu tidak kesampaian, terbantut…

Read More

Apabila Kuala Lumpur bertukar menjadi ‘Hulu Tembeling’

SABTU 9 Julai 2011, pukul 12.18 tengah hari, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Pak Lang, seorang pemandu teksi di ibu negara. Beliau memberi respons kepada pertanyaan penulis mengenai operasinya di Kuala Lumpur (KL) pada hari berkenaan. Jawabnya: Tanya Mat Sabu. Biar dia jawab. Laluan di pinggir KL nak masuk jammed. Dalam bandar kebanyakan laluan ditutup. Tak ada hasil di dalam bandar”. Jawapan ringkas tetapi penuh makna. Baginya KL tibatiba bertukar menjadi Hulu Tembeling (rujuk kenyataan Mat Sabu bidas peniaga, pemandu teksi yang bantah Bersih supaya berniaga di Hulu…

Read More

Bersih: Demokrasi , demonstrasi, provokasi

KELMARIN, penulis di negeri pimpinan Pas, Kedah bagi menghadiri Kejohanan Sepaktakraw KFCUtusan Zon Utara. Terima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar dan ahliahli majlis yang turut hadir pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Abdul Halim. Menjelang demonstrasi Bersih, seperti negeri lain, Kedah juga tidak terlepas daripada isu ini. Cerita mengenainya berlegar sehingga ke stadium dan restoran. Walaupun tidak ketara tetapi mereka berbisikbisik mengenai tindakan tegas polis terhadap kumpulan yang cuba mempromosikan Bersih. Seorang sahabat pula yang menghadiri Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di Sungai Petani…

Read More