Trump ancam serang Iran ‘lebih keras’

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mengancam untuk menyerang Iran dengan ‘lebih keras’ secara besar-besaran dan sudah mula melakukan perancangan berkaitan dengan Israel.

Media AS melaporkan beliau sedang mempertimbangkan serangan baharu seawal hujung minggu ini, termasuk menyasarkan infrastruktur tenaga negara itu.

“Kami akan menyerangnya dengan sangat keras dan pada satu tahap mereka akan berkata, ‘Kami tidak mampu menanggungnya lagi’,” kata Trump ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Camp David, di Maryland, semalam.

Akhbar Wall Street Journal pula melaporkan Trump sudah mengarahkan satu lagi serangan baharu bagi memaksa Tehran menyerah kalah, yang dijangka dilaksanakan seawal hujung minggu ini.

Sementara itu, CBS News melaporkan AS dan Israel sedang merancang serangan bersama ke atas sasaran berkaitan tenaga dipercayai membabitkan loji penapisan minyak dan stesen jana kuasa.

Sepanjang konflik itu, Trump berulang kali mengancam untuk menyerang infrastruktur kritikal Iran dan minggu lalu, beliau berikrar akan memusnahkan sebuah jambatan atau loji jana kuasa setiap kali kapal di Selat Hormuz diserang.

Bagaimanapun, Trump masih belum memberi kelulusan muktamad terhadap operasi berkenaan, namun AS dan Israel dilaporkan sedang menyelaras perancangan itu.

Related posts

Leave a Comment