MEMULAKAN Selak, tidak lengkap jika tidak diselak sedikit mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Kemenangan Barisan Nasional (BN) bukanlah kejutan besar. Kejutannya adalah apabila DAP berjaya menambah kerusi sekali ganda. Dulu enam, kini 12. DAP memalukan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang pada 2006 menang 10 daripada 19 kerusi ditandingi tetapi kelmarin hanya menang enam kerusi. Lebih parah, Presiden SUPP, Dr. George Chan juga tewas. Mungkinkah SUPP senasib dengan MCA dan Gerakan di Semenanjung? Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula tetap utuh walaupun cuba diasak oleh Pas dan PKR. Tahniah kepada Presiden PBB, Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri Sarawak.
Kembali kepada Selak minggu ini, penulis ingin menyentuh mengenai mesra.
Menurut laporan dari Frankfurt baru-baru ini, Malaysia adalah antara 10 negara yang paling mesra di dunia. Kita di tangga ke sembilan selepas Kanada, Bermuda, Afrika S elatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain dan Jerman di tangga ke-10. Hasil kaji selidik Bank HSBC itu menunjukkan penduduk mesra dan bersikap terbuka di samping warga asing pula mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara.
Begitulah mesranya rakyat kita. Mungkin keputusan pilihan raya Sarawak kelmarin juga hasil tinjauan mesra yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Ranak, Timbalannya, Muhyiddin Yassin dan menterimenteri Kabinet sepanjang kempen berlangsung. Begitu juga pemimpin DAP, Pas dan PKR yang turut berkempen. Memang rakyat kita mudah mesra. Lihat sahaja bagaimana mesranya Perdana Menteri menggenggam erat tangan Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa bertembung ketika turun padang berkempen. Begitu juga apabila Najib terserempak dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Cuma yang tidak mesra apabila mulut pemimpin mula berkata-kata di pentas ceramah politik.
Pertemuan mesra berakhir dengan suasana seperti mahu ‘berperang’. Di pentas ceramah, kemesraan tiba-tiba hilang. Maki hamun, fitnah dan isu peribadi diselak menjadi modal politik. Mungkin satu kaji selidik boleh dilakukan untuk melihat Malaysia berada di kedudukan berapa apabila parti politik berkempen pada musim pilihan raya. Sikap tidak mesra pemimpin terserlah apabila mereka tidak dapat menerima kenyataan. Contohnya di Kuching baru-baru ini apabila Penasihat PKR, Anwar Ibrahim tidak senang atau boleh diistilahkan ‘naik angin’
@ ‘berang’ apabila wartawan bertanyakan isu jam Omega yang dikatakan menjadi salah satu bahan bukti dalam isu aksi video seks yang diserahkan oleh trio Datuk T. Sikap tidak berhemah ketika menjawab soalan wartawan menunjukkan betapa tidak mesranya pemimpin itu.
Mungkin dalam keadaan tertekan, Anwar tidak mampu menjawab soalan mudah itu dengan baik. Beliau sepatutnya lebih bijak ketika menjawab soalan itu bukannya mempersoalkan wartawan itu. Kenapa tiba-tiba Anwar bertanyakan beranikah wartawan berkenaan bertanya kaitan Najib dengan Altantuya. Lebih mendukacitakan wakil rakyat kawasan Permatang Pauh itu ‘meracau’ sehingga mengheret sama iri. Apa kena mengena isu Omega dengan Altantuya dan iri. b Tetapi malang bagi Anwar kerana belum sempat wartawan bertanyakan Najib, di Australia orang yang menjadi rakan Penasihat PKR itu iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) tampil menjawab soalan tersebut. Anwar bertanya pada hari Ahad di Kuching, jawapan diterima pada hari Rabu dari Australia. RPK menjelaskan nSaya tidak tuduh Perdana Menteri dan isteri’. Begitulah akibat sikap tidak mesra dengan wartawan. Ini sekadar selingan mengenai sikap mesra yang perlu ditunjukkan oleh pemimpin. Dalam apa keadaan, jangan cepat melompat, gelabah dan gelisah semata-mata mahu mempertahankan diri sendiri.
Kembali kepada sikap mesra rakyat negara ini, kemesraan biarlah ada batasannya. Memang tidak dinafikan kemesraan akan membuat orang terpikat. Pelancong akan lebih selesa ke negara kita kerana sikap mesra ini. Tetapi dalam mesra jangan sampai kepala kita ‘dipijak’, diperdaya dan boleh dijual beli dengan kemewahan. Di pintu masuk negara, memang kita perlu mesra, menyambut tetamu dengan senyuman tetapi tanggungjawab terhadap keselamatan negara juga penting.
Pegawai-pegawai penguat kuasa kita seperti polis, tentera, imigresen dan kastam mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan mereka yang masuk ke negara kita mempunyai dokumen perjalanan yang sah dengan tujuan yang baik. Jangan membenarkan kemasukan mereka untuk melakukan jenayah atau perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang seperti menyeludup dadah, senjata api atau pemerdagangan manusia. Setakat ini, kita boleh berbangga dengan tindakan tegas tetapi mesra dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan melalui lapangan terbang atau pelabuhan.
Pada masa yang sama dalam kemesraan melayani orang asing yang bertandang ke negara kita sama ada sebagai pelancong, pelajar atau pekerja, janganlah pula kemesraan yang ditunjukkan disalah guna oleh mereka ini. Disebabkan terpengaruh dengan sikap dan tutur kata oleh orang asing ini, ada orang kita yang ‘hanyut’ dibuai mimpi indah. Ada yang sanggup menjadi hamba seks, lari untuk berkahwin dan paling malang menjadi keldai dadah. hadapan
Disebabkan kemesraan kita dan kemesraan palsu di pihak sana, ramai yang tidak peduli lagi nasihat orang tua. A’da anak-anak yang lebih percaya kepada orang asing daripada orang tua yang sudah hidup bersama mereka selama berbelas atau berpuluh tahun di bawah satu bumbung.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ada yang lebih percaya kepada orang asing daripada ibu bapa sendiri. Begitulah jadinya apabila kemesraan melampau kita diambil kesempatan oleh orang lain. Apa pun sebagai tuan rumah, kita perlu mesra menyambut tetamu. Kepada pemandu teksi, pemandu bas, penyambut tetamu hotel dan semua yang ada ‘di barisan hadapan’ menyambut para pelancong, teruskan kemesraan anda. Tetapi kemesraan biar ada batasannya supaya kita ‘tidak dijual’.
Seorang pemandu teksi pernah memberitahu, beliau terpaksa ‘mengusir’ pelancong dari teksinya kerana kerenah penumpang yang tidak membalas kemesraan yang diberi. Sikap kurang ajar, sombong, kedekut juga ada pada segelintir pelancong. Maka kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), apabila menerima aduan mengenai pemandu teksi, berilah ruang untuk mereka membela diri kenapa mereka bersikap tidak mesra pelancong.
UMA180411011C001