Biar siapa pun kita… hidup biarlah beradab

JIKA minggu lepas, Selak m e m p e r k at a k a n tentang sikap mesra, minggu ini, penulis ingin menyentuh pula tentang satu lagi sikap manusia iaitu adab. Tentulah ulasan ini berkait rapat dengan titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Ipoh, Perak baru-baru ini. Antara titah yang menarik perhatian ialah : ”Adab dan budaya bangsa perlu dihormati, disanjung, dipertahankan dalam semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; Cara berpakaian yang sejajar dengan sesuatu acara adalah sebahagian daripada disiplin yang memperlihatkan ukuran…

Read More

Apabila mulut mula berkata-kata, kemesraan pun hilang

MEMULAKAN Selak, tidak lengkap jika tidak diselak sedikit mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Kemenangan Barisan Nasional (BN) bukanlah kejutan besar. Kejutannya adalah apabila DAP berjaya menambah kerusi sekali ganda. Dulu enam, kini 12. DAP memalukan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang pada 2006 menang 10 daripada 19 kerusi ditandingi tetapi kelmarin hanya menang enam kerusi. Lebih parah, Presiden SUPP, Dr. George Chan juga tewas. Mungkinkah SUPP senasib dengan MCA dan Gerakan di Semenanjung? Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula tetap utuh walaupun cuba diasak oleh Pas dan PKR.…

Read More

Depa auta pengundi, kelentong rakyat, penduduk akhirnya sengsara

TUMPUAN parti politik kini terarah ke Sarawak. Ramai penceramah berkempen di pentas pilihan raya yang ke-10 itu. Barisan Nasional (BN) dan pembangkang khususnya Trio Semenanjung PKR, DAP, Pas turut menurunkan penceramah masing-masing. BN tentulah dengan janji pembangunannya sementara trio pakatan membangkitkan apa sahaja untuk menyerang BN. Maka dalam keghairahan berkempen ini, disebabkan tidak ada modal, individu dijadikan sasaran. Inilah modal yang sering digunakan pembangkang. Di Sarawak, Abdul Taib Mahmud turut diserang hanya kerana beliau menjadi ketua menteri (KM) sejak penceramah politik itu masih di bangku sekolah rendah. Apa silap, salah…

Read More

Selepas lebih 20 tahun, isu aksi seks bergema lagi di Parlimen?

AKSI sama ada dalam bentuk gambar atau video yang dirakam melalui kamera, telefon, CCTV atau sebagainya memang bahaya. Sama ada untuk suka-suka sekadar hiburan, simpanan peribadi dan sebagainya, ia tetap bahaya apabila terjatuh ke tangan orang lain. Maka menjelang pilihan raya umum ini, eloklah mana-mana ahli politik yang pernah merakamkan pelbagai aksi yang boleh dianggap tidak manis, tidak bermoral dan tidak sesuai dengan budaya dan adat resam tempatan haruslah memusnahkan bahanbahan itu lebih awal. Tidak perlu disimpan untuk kenangan dan sebagainya. Ingat jika terjatuh ke tangan orang lebih-lebih lagi ‘musuh’,…

Read More