Siapa peduli apabila Pak Lang dan Pak Long ditipu penumpang

HENTIAN Puduraya yang selama ini sentiasa sibuk kini sepi. Tiada lagi deretan bas yang beratur untuk masuk ke hentian itu. Begitu juga barisan teksi di sekitar kawasan itu yang ‘mencari penumpang’. Maksud ‘mencari penumpang’ kerana di sini selalunya berlaku tawar menawar terutama pada waktu malam yang menyebabkan sesetengah penumpang yang baru menjejakkan kaki di Kuala Lumpur atau yang terdesak terpaksa membayar harga lebih tinggi. Puduraya ditutup selama empat bulan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf hentian yang sudah sinonim dengan warga desa dan kota itu. Suatu masa dulu, Puduraya adalah tempat…

Read More

Histeria rasis dan fobia ekstremis apabila Perkasa bersuara

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia atau ringkasnya Perkasa terus mendapat perhatian. Begitulah hebatnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru berusia setahun jagung itu. Di Dewan Rakyat minggu lalu, Perkasa turut ‘dijolok’ walaupun secara sepintas lalu. Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) ketika berucap antara lain berkata: Perkasa sangat jelas mewakili wasted powerful interest yang reactionary, right wing, extremist, perkauman yang tidak mahu negara kita menjadikan satu…’’ Dan ketika diminta memberi laluan oleh Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) Kit Siang menyambung You boleh cakap nanti, you boleh cakap nanti. Satu Perkasa satu pertubuhan…. Yang…

Read More

Keperluan memenangi PRK Hulu Selangor

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor memang menarik perhatian. Sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekutunya, kemenangan amat penting. Maka tidak hairanlah PRK ini satu pertembungan sengit walaupun ia belum mampu menjadi ukuran kepada sokongan sebenar rakyat. Bagi PKR, sudah pasti ia tidak rela hilang satu lagi kerusinya setelah kehilangan empat wakil rakyat yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas (Bayan Baru, Bagan Serai dan Nibong Tebal keluar parti dan Kulim Bandar Baharu dipecat). BN pula mahu merampas kembali kerusi yang pernah…

Read More

‘Selak, dedah, londeh’ jadi mainan politik

BAHAN Selak ini sepatutnya disiarkan minggu lalu. Bagaimanapun disebabkan masalah teknikal ditambah pula lewat tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, bahan ini tidak sempat dihantar. Disebabkan bahan yang ditulis masih menjadi isu, eloklah dipersembahkan semula hari ini. Beginilah tulisannya. Setelah dua tahun ‘tersembunyi’ ibarat di dalam rumah yang pintunya bagaikan diselak rapat, tiba-tiba habis (mungkin ada lagi) semuanya diselak pada Rabu, 17 Mac 2010 di Dewan Rakyat. Zahrain Mohamed Hashim menyelak apa yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk berkaitan pembentukan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR bersama wakil rakyat yang…

Read More

Apabila pencuri ‘bekerja di rumah’ orang pada waktu pejabat

DALAM kekalutan politik yang sedang berlaku sekarang tiba-tiba muncul cerita kononnya Musa Hassan akan meletak jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Kontrak Musa sepatutnya berakhir pada September ini tetapi akhbar China Press melaporkan, Musa akan meletak jawatan menjelang Hari Polis pada 25 Mac ini. Kenapa secara tiba-tiba cerita itu muncul? Laporan itu bukannya cerita pemimpin politik mahu letak jawatan, dipecat atau mengisytiharkan keluar parti. Ia juga bukan cerita politik Ong Ka Ting dijangka bertanding jawatan Presiden MCA yang ditinggalkannya sebelum ini atau Ong Tee Keat akan mempertahankan jawatan itu. Sebaliknya ia…

Read More

Dua tahun selepas ‘tsunami politik’ 2008

HARI ini 8 Mac 2010 genap dua tahun ‘tsunami politik’ melanda negara. Seperti tsunami yang melanda Aceh yang tempiasnya dirasai di beberapa negeri di Malaysia pada 2004, gegaran tsunami politik 8 Mac 2008 masih dirasai. Ada beberapa ‘gegaran kecil’ yang melanda sehingga sekarang. Pertamanya tentulah gegaran di Perak sehingga BN kembali berkuasa selepas kerajaan DAP-Pas-PKR memerintah negeri itu selama hampir setahun tumbang. Ini diikuti baru-baru ini gelombang yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahli-ahli PKR pakat keluar ramai-ramai. Mereka termasuklah bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau…

Read More

‘Pengundi hantu’ = calon ‘payung terjun?’

DALAM satu program televisyen baru-baru ini yang menampilkan tetamunya dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seorang pemanggil menyarankan hanya anak tempatan dibenarkan bertanding di satu-satu kawasan pilihan raya di negeri berkenaan. Contohnya, katakanlah diSerdang, biarlah anak Selangor yang bertanding di situ. Begitu juga kalau di Machang, turunkan anak Kelantan, di Sik pula bagi pada anak Kedah atau di Bagan, calonkan anak Pulau Pinang. Pendek kata, biarlah anak tempatan bertanding di negeri masing-masing. Mengikut peraturan sekarang, sesiapa sahaja boleh bertanding di mana yang difikirkan sesuai oleh parti yang mereka wakili. Bagi golongan…

Read More

Tersilap pilih calon atau tersalah pilih parti

BERAPA ramaikah wakil rakyat yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang merupakan golongan yang termasuk dalam kumpulan tersilap pilih? Persoalan ini dilontarkan apabila kepimpinan parti itu secara terbuka menyatakan mereka sama ada secara langsung atau tidak langsung tersilap memilih calon. Akibatnya wakil rakyat ini ‘tidak kuat’ dan ‘mudah goyang’ sehingga akhirnya membawa peletakan jawatan atau meninggalkan parti itu. Ada juga wakil rakyat yang dikatakan tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan setelah mereka dipilih oleh rakyat. Dalam erti kata lain, adakah kebanyakan wakil rakyat PKR merupakan calon ‘tangkap muat’ (mengambil mana…

Read More

Boh kian dan Chief Minister with power

GONG Xi Fa Cai! Sebelum itu maaflah kerana tidak menggunakan tajuk dalam bahasa Melayu. Bukan tujuan nak ketepikan bahasa Melayu tetapi sekadar sempena Tahun Baru Cina dan isu politik yang melanda Pulau Pinang. Minggu ini tiada lagi kisah Tiga Abdul. Kalaulah Tan Sri P. Ramlee masih hidup, tidak pasti sama ada Tiga Abdul akan disambung. Tidak diketahui apakah kesudahan nasib Kassim Patalon atau Tuan Penasihat yang dilelong untuk dijadikan hamba. Siapakah agaknya yang akan membeli Tuan Penasihat? Tetapi sekadar menyelak kembali kesudahan kisah tersebut, Abdul Wahub telah menebus maruah abangnya…

Read More

Kebajikan, ketelusan, keadilan sekadar slogan manis

MINGGU lalu penulis menerima satu mesej daripada seorang wakil rakyat. Dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) itu beliau menyatakan: ‘‘Pelik Tapi Benar… Satu Ketua Menteri dan dua Menteri Besar: Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor betul-betul memeningkan rakyat. Sepanjang masa berpolitik, penuh kontroversi dan tidak fokus pada tugas sebagai ketua kerajaan negeri’’. Mungkin beliau merujuk kepada pergolakan yang berlaku di negeri-negeri itu yang diterajui oleh Lim Guan Eng (DAP), Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pas) dan Abdul Khalid Ibrahim (PKR). Pulau Pinang dengan isu Melayunya dan terjahan oleh wakil rakyat PKR (rakan…

Read More