DULU, kira-kira 40 tahun lalu, waktu Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang yang diterajui Gerakan, UMNO, MCA, MIC bukannya tidak ada gerai Melayu yang diroboh. Memang ada gerai yang diroboh atas sebab-sebab tertentu. Paling popular sudah tentu tidak ada lesen atau untuk memberi laluan kepada projek lain. Dulu, bukannya tidak ada peniaga yang berniaga ikut suka sehingga mengganggu lalu lintas. Memang ada sehingga sekarang tetapi tidak ada tindakan yang drastik diambil dan mereka terus berniaga seperti biasa. Semuanya itu berlaku di Pulau Pinang ketika kerajaan BN diketuai oleh…
Read MoreYear: 2010
Wajah-wajah ‘hero’ di Chennai
MASIH di India. Esok, 26 Januari, India akan menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-60 atau Hari Republik. Raptai terakhir perarakan sambutan itu termasuk melibatkan pasukan keselamatan sempadan yang menggunakan unta diadakan kelmarin (Sabtu) di New Delhi. Kepada warganegara India, Selamat Hari Republik! Walaupun tidak sempat menyaksikan perarakan sebenar, penulis berkesempatan merasai suasana sambutan ketika raptai diadakan beberapa hari sebelum itu. Sejak 21 Januari hingga semalam, penulis berada di Chennai, ibu negeri Tamil Nadu. Terasa kelainan ketika berada di negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri (KM), M.Karunanidhi. Setiap wilayah atau negeri…
Read MoreBicara harga kembar ‘si manis dan si racun’ pembawa diabetes
HARGA minimum setiap batang rokok ditetapkan 32 sen menjadikan harga sekotak rokok 20 batang ialah RM6.40. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harga sekilogram gula RM1.65 sen. Itulah ‘hadiah istimewa’ tahun baru bagi bahan yang memudaratkan itu. Mungkin ramai yang sebenarnya menyedari kalau tidak sedar…sedarlah bahawa rokok dan gula adalah kembar yang menyumbang kepada pelbagai penyakit termasuk diabetis. Gula dan rokok membantu kita menempah pelbagai penyakit kronik yang paling popular. Semoga mereka yang selama ini tidak sedar dengan bahaya rokok dan gula akan bersyukur di sebalik harga minimum rokok…
Read More‘Dari jauh tuan puan datang, orang Melaka sentiasa menanti’
MASIH belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Semoga tahun ini akan ‘lebih baik’ buat kita semua terutama rakyat Malaysia. Semalam dan hari ini bermulalah penggal persekolahan 2010. Ini bermakna berakhir juga cuti hujung tahun yang panjang. Tempat-tempat tumpuan pelancong mula kesunyian berbanding sebulan yang lalu. Hingga saat-saat terakhir ramai yang terus bercuti bagi menghabiskan cuti tahun mereka sebelum cuti persekolahan anak-anak berakhir pada Sabtu dan Ahad lalu. Penulis sempat ‘Cuti-cuti Malaysia’ dengan mengunjungi Melaka Bandaraya Bersejarah yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Malaysia tahun ini. Mulanya risau juga…
Read More