Takut 1Malaysia, Utusan Malaysia

KITA sekarang dalam minggu terakhir tahun 2010. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Ketika detik-detik akhir 2010, tragedi demi tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dilaporkan. Bagi dunia politik, ia semakin menarik perhatian lebih-lebih lagi DAP yang sejak dulu tidak pernah lupa membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU). Tilikan DAP kali ini ialah PRU akan diadakan tahun depan, mungkin bulan Mac 2011. Turut menarik perhatian tentulah ‘politik budak-budak’ atau ‘politik keanak-anakan’ yang ada ketikanya tidak menggambarkan demokrasi telus dan tulen seperti prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan…

Read More

KITA muncul lagi menjelang PRU, Tenang dalam ‘gelora’

SEMASA melintasi Penanti, pekan kecil yang terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini, penulis terkenang seketika nama parti KITA. Secara kebetulan KITA kini dipimpin oleh Zaid Ibrahim, bekas ahli UMNO dan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Terselak kembali ingatan kepada KITA ketika penulis masih belajar di Sekolah Menengah Kubang Semang (kini Sekolah Menengah Penanti) Di Penanti, antara deretan bangunan lama di situ terdapat sebuah kedai runcit yang sering menjadi persinggahan penulis dan rakan-rakan. KITA tiba-tiba muncul dalam ingatan kerana pemilik kedai runcit itu, jika tidak silap, Jaffar Ahmad,…

Read More

Politik Samy Vellu sudah berlalu, selamat berjuang Palanivel

KATA orang, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa tahu. Begitulah ‘nasib’ yang memihak kepada G.Palanivel. Bekas pensyarah, pegawai penyelidik, aktivis pengguna dan wartawan itu dilantik secara rasmi sebagai Presiden MIC yang kelapan selepas peletakan jawatan S. Samy Vellu. Siapa yang tidak kenal dengan Samy Vellu? Dalam biografi Samy Vellu A Life. A Legend. A Legacy (Satu Perjalanan Hidup. Satu Legenda. Satu Warisan) yang dilancarkan semalam, antara lain, Bernice Narayan menulis Samy Vellu adalah MIC dan MIC adalah Samy Vellu. Ini tidak dapat dinafikan. Untuk rekod, Samy Vellu pemimpin…

Read More

‘Masihkah kau ingat pada waktu itu…’

KL ‘menjerit!’ Begitulah SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang sahabat mengenai kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur semalam. Semuanya gara-gara pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan mengenai isu air Selangor. Suasana seperti ini bukan kali pertama. Keadaan itu turut mengganggu kelancaran orang ramai yang hendak mengunjungi Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) dan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010. Lebih menyedihkan ada majlis kenduri kahwin yang tidak mendapat sambutan disebabkan kesukaran orang ramai menempuh kesesakan lalu lintas. Apakah tidak ada kaedah lain untuk menyuarakan bantahan? Kenapa…

Read More

Selamat jalan Dr. Lim Chong Eu

SEMALAM, Tun Dr. Lim Chong Eu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Georgetown. Berakhirlah perjalanan politik bekas Ketua Menteri yang berkhidmat selama 21 tahun di Pulau Pinang. Sumbangannya kepada politik dan negara khususnya di Pulau Mutiara itu amat besar. Penulis pernah berkhidmat di Pulau Pinang di bawah dua ketua menteri iaitu Chong Eu (1983-1987) dan Dr. Koh Tsu Koon (1991-1993). Dalam tempoh itu, penulis dapat mengenali serba sedikit mengenai Chong Eu. Saban minggu, mendiang akan memanggil wartawan ke pejabatnya untuk sidang akhbar mingguan. Ada ketika, tidak ada apa…

Read More

Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap

SEMAKIN kalut pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bukan kali pertama peristiwa kekalutan itu. Seperti diselak dua minggu lalu, kekalutan pernah berlaku sebelum ini. Ketika itu, ada yang pakat keluar ramai-ramai. Perasaan tidak puas hati masih menghantui ahli-ahli PKR. Sehingga hari ini pun, mereka termasuk yang kini di luar parti masih mencari-cari keadilan. Malangnya perasaan tidak puas hati itu tidak dipedulikan. Pemimpin PKR bagai ‘memekakkan telinga’. Tahun ini, masalah lama berulang malahan bertambah parah. Sudah banyak laporan dibuat tetapi tiada siapa peduli. Sekali lagi seperti dibangkitkan dua minggu lalu, bayangkan jika…

Read More

Andainya PKR bertukar menjadi SPR

TIDAK kena jika tulisan ini tidak dimulakan dengan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana memenangi semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dan mengekalkan kerusi Parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya kecil (PRK) baru-baru ini. Bagaimanapun BN jangan terlalu selesa. Kerajaan Pas Kelantan tidak tergugat dengan kehilangan Galas. Begitu jugalah dengan kemenangan BN di Batu Sapi yang tidak mengubah apa-apa. Cuma Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal menambah kerusi untuk ke Putrajaya atau sekurang-kurangnya menebus kembali kehilangan kerusi pada PRK Hulu Selangor. Batu Sapi dan Galas menjadi tumpuan untuk melihat…

Read More

Menggalas tuntutan perubahan, menjulang perjuangan, mengisi harapan

TAJUK di atas tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas atau Batu Sapi pada 4 November ini. Sebaliknya Selak meminjam tajuk ucapan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin semasa merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun lalu dan baru-baru ini. Jika diselak kembali kedua-dua amanat itu, jelaslah tuntutan orang No.2 dalam parti itu untuk ahli-ahli UMNO di semua peringkat ‘berubah’ bagi mengisi harapan parti dan orang Melayu. Persoalannya adakah mereka sudah berubah? Siapa yang berubah? Adakah mereka tidak berubah sehingga kerajaan Barisan Nasional (BN) berubah…

Read More

Sasaran perbahasan biar tepat sekalipun ‘bersilat tanpa keris’

MINGGU ini, Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sekali lagi menjadi tumpuan terutama ahli-ahli UMNO dari seluruh negara. Dianggarkan hampir 5,000 perwakilan akan menghadiri perhimpunan yang turut melibatkan tiga sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri. Wanita, Pemuda dan Puteri akan mengadakan perhimpunan pada Selasa dan Rabu. Pada Khamis, bermulalah Perhimpunan Agung UMNO. Dijangkakan 2,543 perwakilan akan hadir mendengar ucapan dasar Presiden, Najib Tun Razak. Perhimpunan diteruskan pada Jumaat dan Sabtu. Walaupun secara rasmi Perhimpunan Agung UMNO 2010 bermula esok, tetapi hari ini sudah bermula satu forum sempena perhimpunan terbesar…

Read More

Cabaran S. Samy berakhir, ‘beban’ baru digalas Palanivel

APABILA Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih kepada S. Samy Vellu atas sumbangannya selama ini, maka sudah pastilah, keputusan Presiden MIC itu untuk bersara pada Januari 2011 sebagai muktamad. Samy Vellu, 74, mempercepatkan tarikh persaraannya. Pada Konvensyen MIC Wilayah Persekutuan Mei lalu, beliau dilaporkan berkata akan melepaskan jawatan itu tujuh atau lapan bulan sebelum penggalnya sebagai Presiden berakhir pada Mac 2012. Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak dengan janji bekas menteri Kabinet itu. Malahan ada pula yang mendesak beliau meletak jawatan lebih awal dan menyerahkannya…

Read More