Cerita Satim Diman, P15 & Azmin Ali hangatkan politik Selangor

CERITA politik di Selangor memang menarik perhatian. Negeri yang jatuh ke tangan pakatan PKR-DAP-Pas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 khabarnya sedang bergolak. Jika dulu melibatkan wakil rakyat Pas tetapi kini giliran PKR. Dulu wakil rakyat DAP pun cemas seketika apabila timbul cerita tidak manis mengenainya. Tetapi cerita itu pakat-pakat dilupakan. Nampak DAP lebih relaks ketika ini dan mengambil pendekatan diam-diam ubi berisi. UMNO Selangor juga ‘kecoh’ dengan dakwaan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Satim Diman nak letak semua jawatan dalam parti termasuk sebagai Setiausaha Badan Perhubungan…

Read More

Wahai bangsa Melayu, sudah lupakah kamu?

HARI ini 21 Jun 2010. Apakah istimewanya tarikh 21 Jun ini? Bagi sesetengah ahli UMNO atau orang Melayu mungkin akan ingat tetapi kebanyakannya sudah tentu lupa. Maklumlah selepas sembilan tahun, ramai yang mudah lupa. Sebenarnya hari ini genap sembilan tahun, Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu sebagai Presiden UMNO menyampaikan ucapan menarik yang ditujukan khusus kepada orang Melayu. Ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2001 itu bertajuk ‘Melayu Mudah Lupa’. Malahan Selak minggu ini juga meminjam ungkapan terakhir dalam ucapan dasar Dr. Mahathir itu sebagai tajuk tulisan minggu ini. Pada…

Read More

Kenapa jual beg plastik pada hari tanpa plastik

HARI ini masuk minggu kedua musim cuti sekolah. Ketika inilah banyak majlis kenduri kahwin. Selamat pengantin baru kepada saudara mara dan sahabat handai yang melangsungkan perkahwinan. Jenuh menyusun jemputan bagi memenuhi undangan lebih-lebih lagi pada setiap Sabtu dan Ahad. Pada masa yang sama banyak destinasi dalam negara menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak bercuti. Begitu juga peluang bercuti di kampung. Dan sudah semestinyalah apabila singgah di bandar, ramai yang akan membeli-belah. Bagi mereka yang pertama kali ke Pulau Pinang atau Selangor, jangan lupa mengingati Hari Tanpa Plastik (HTP). Mungkin…

Read More

Terlajak cakap, pengundi merajuk, undi hilang, jawatan melayang

KATA orang kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Begitu juga dengan cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Maknanya, lebih kurang apabila kita menuturkan sesuatu itu hendaklah berhati-hati supaya apa yang diucapkan tidak disalah tafsir atau menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang apa yang diucapkan itu juga boleh mencetuskan suasana yang kurang baik di kalangan masyarakat atau rakan-rakan dalam sesebuah organisasi. Sejak kebelakangan ini, ada beberapa isu yang mencetuskan keresahan di kalangan masyarakat apabila sesuatu keputusan, ucapan, atau kenyataan dilontarkan. Menyelak kembali apa yang dimaksudkan itu ialah mengenai kenyataan atau…

Read More

Gula… Bukan sorok tetapi sekadar ‘simpan’

GULA. Di mana kau gula? Di kilang, di gudang pemborong, di stor peruncit/pekedai atau sedang ‘bersembunyi’ di kebanyakan rumah pengguna? Isu kekurangan gula muncul lagi. Di beberapa negeri, keadaan agak kelam kabut juga. Ada yang terpaksa menunjukkan sijil nikah dan ada pula perlu membeli barang bernilai RM100 sebelum layak membeli gula. Di kebanyakan pasar raya, pembeli dihadkan membeli dua peket atau dua kilogram sahaja sehari. Tetapi untuk mendapat bekalan lebih, ada juga yang menghantar satu keluarga membeli gula. Kalau suami isteri campur dua anak, maka dapatlah dibeli lapan kilo gula…

Read More

Mampukah ‘gas nyalakan api’ membakar semangat ahli-ahli MIC?

RABU lalu, penulis menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memohon liputan sidang akhbar Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan. Sidang akhbar itu diadakan sehari selepas S. Samy Vellu mengumumkan pelan persaraannya sebagai Presiden MIC. Samy Vellu yang menerajui MIC selama 31 tahun mahu bersara dalam tempoh lapan atau sembilan bulan sebelum penggalnya berakhir pada Mei 2012. Ketika menerima SMS sidang akhbar itu, apa yang terlintas pada fikiran penulis ialah sama ada Mugilan akan menyatakan sokongan kepada Presiden atau mendesak Samy Vellu cepat-cepat meletak jawatan. Akhirnya hasil sidang akhbar itu Mugilan mendesak…

Read More

Menanti ‘episod pkr’ dalam PKR

PAKAT keluar ramai-ramai atau ringkasnya pkr. Begitulah yang terjadi dalam sehari dua ini apabila ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggalkan parti itu. Terkini, tentulah di cabang Ipoh Barat yang lumpuh atau terbubar apabila 19 daripada 25 ahli jawatankuasanya meletak jawatan. Nampaknya PKR seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sebagai parti kian runtuh. Macam-macam alasan dan kata-kata yang menjelikkan dilemparkan oleh mereka yang meninggalkan PKR ini. Selaklah kembali sidang akhbar yang diadakan oleh wakil-wakil rakyat berkenaan. Ini berbeza dengan DAP yang sudah pun menambah kerusi melalui pilihan raya kecil…

Read More

Banyak hari istimewa pada bulan Mei, ‘13’ amat sensitif

BANYAK cerita menarik dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang. Sesi soal jawab dan perbahasan memang panas. Malahan sebelum persidangan dirasmikan oleh Tun Abdul Rahman Abbas, DUN sudah terasa panasnya. Ini berikutan kejadian siling di bahagian pemerhati dan media jatuh. Tidak pasti kenapa kejadian seperti itu berlaku. Dulu, pernah terjadi siling Dewan Rakyat bocor menyebabkan DAP mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan isu itu. Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang ketika mencelah mengenai usul itu berkata: Bagaimana bangunan Parlimen yang diubah suai berharga RM100 juta boleh berlaku masalah sedemikian (bocor)’’. Ada juga…

Read More

Terima kasih LPKP atas penjelasan…tetapi masih ada kekeliruan

SEKALI lagi minggu ini, penulis menyambung bicara berkaitan pengangkutan awam iaitu teksi. Pastinya ada yang bosan selepas membaca Siapa peduli apabila Pak Lang dan Pak Long ditipu penumpang (19 April) dan Siapa edar risalah penguatkuasaan? LPKP atau orang ketiga? (26 April). Akhirnya persoalan itu terjawab. Siapa yang dimaksudkan ialah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Minggu ini, biarlah dijelaskan pendirian LPKP. Minggu lepas, 27 April, penulis menerima kenyataan daripada Unit Perhubungan Awam LPKP sebagai menjawab tulisan Selak keluaran 26 April. Pengerusi LPKP, Halimah Sadique juga memberi jawapannya. Terima kasih atas reaksi…

Read More

Siapa edar risalah penguatkuasaan? LPKP atau orang ketiga?

TERIMA kasih terhadap respons positif yang diberikan oleh pemandu-pemandu teksi melalui tulisan minggu lalu bertajuk Siapa peduli apabila Pak Lang dan Pak Long ditipu penumpang. Mereka kini menantikan reaksi pihak berkuasa khususnya Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Apakah akan ada sesuatu perkembangan bagi menjaga kebajikan termasuk keselamatan mereka? Atau tidak ada sebarang perubahan dan reaksi. Dan ekoran tulisan penulis mengenai banyaknya ‘pelekat’ yang ditampal di dalam dan di luar teksi bagaikan papan iklan, seorang pemandu menggelarkan teksi sebagai papan iklan bergerak hinggakan teksi Malaysia hodoh! Pada masa yang sama beliau…

Read More