Waran tangkap bekas menteri Russia
MOSCOW: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergey Shoigu dan Ketua Staf Am, Valery Gerasimov. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, ICC berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan terhadap dakwaan jenayah antarabangsa yang dilakukan dua individu terbabit di Ukraine antara 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023. Shoygu dan Gerasimov didakwa mengarahkan serangan ke atas infrastruktur awam yang mengakibatkan kecederaan serta melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Kedua-dua waran tangkap itu dikeluarkan berikutan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan.…
Read More10 kanak-kanak hilang kaki setiap hari
GENEVA – Secara purata, sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki setiap hari akibat perang yang berlarutan sejak bermula Oktober lalu. Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata jumlah itu tidak termasuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan lain iaitu lengan dan tangan. “Ini bermakna kira-kira 2,000 kanak-kanak yang kehilangan anggota badan selepas lebih 260 hari perang kejam ini. Pembedahan bagi memotong kaki sering berlaku dalam keadaan yang dahsyat dan sering kali tanpa bius,” katanya. Pada masa sama, Lazzarini…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 26.06.2024
Tauliah: JAIS minta kenyataan bertulis Ustaz Don
SHAH ALAM 25 Jun – Ustaz Don Daniyal Don Biyajid diminta mengemukakan kenyataan bertulis kepada Jawatankuasa Tauliah MAIS berhubung beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat oleh penceramah bebas itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS semalam. Ia selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau. “Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga…
Read MoreSultan Selangor murka tabung masjid dicuri
SHAH ALAM 25 Jun – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita terhadap kecurian tabung masjid di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, di sini baru-baru ini. Baginda menzahirkan rasa murka terhadap pelaku berkenaan yang tergamak mencuri duit tabung masjid hasil sumbangan dan sedekah orang ramai, yang bertujuan untuk kesejahteraan umat Islam di kariah berkenaan. “Baginda mengingatkan bahawa perbuatan mencuri adalah perbuatan keji dan satu dosa besar, khususnya apabila membabitkan kebajikan golongan kurang berkemampuan seperti asnaf dan anak-anak yatim. “Baginda juga menzahirkan kekecewaan terhadap pihak pengurusan jawatankuasa (AJK)…
Read MoreIMD : PM tidak teragak-agak rombak Kabinet
KUALA LUMPUR 25 Jun – Anwar Ibrahim tidak akan teragak-agak untuk membuat rombakan kecil Kabinet sekiranya Indeks Daya Saing Dunia (IMD) negara pada tahun depan mencatatkan kedudukan tidak memuaskan. Perdana Menteri berkata, antara salah satu kritikan utama dalam laporan terbabit adalah Malaysia gagal atau kurang mengambil langkah-langkah tidak popular (unpopular Measures), tetapi kerajaan melakukannya seperti melaksanakan penyasaran subsidi sebagai langkah menjimatkan berbilion ringgit. “Namun, kerajaan akan berbuat demikian dan saya fikir ia dengan sendirinya menyelesaikan kritikan kedua terhadap prestasi ekonomi negara. Insya-Allah saya harap tahun depan ia akan mencatatkan laporan…
Read MoreSelangor FC didenda RM100,000
KUALA LUMPUR 25 Jun – Selangor FC dikenakan empat bentuk hukuman susulan tindakan pasukan itu ‘tidak hadir’ pada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu. Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memutuskan hukuman itu pada mesyuarat Lembaga Pengarah bagi membincangkan ketidakhadiran skuad Gergasi Merah pada perlawanan itu. Selangor FC dikenakan denda RM100,000 di mana wang berkenaan akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak. Di samping itu bayaran pampasan kerugian yang ditanggung JDT dan MFL di mana MFL akan mengumpul…
Read MoreDasar Gaji Progresif mulai Oktober
KUALA LUMPUR 25 Jun – Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) secara menyeluruh seperti diputuskan oleh Jemaah Menteri dijangka dilaksanakan pada Oktober depan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Mohamad. Beliau berkata pelaksanaannya dibuat selepas penilaian impak projek rintis GDP selesai dilaksana pada September ini. “Pelaksanaan projek rintis DGP bermula pada Jun hingga Ogos ini. Bagaimanapun, majikan sudah boleh mula mendaftar melalui laman sesawang www.gajiprogresif.gov.my pada 15 Mei lalu. “Pembayaran insentif diberi bagi tempoh setahun. Pelaksanaan projek rintis DGP bertujuan untuk menilai ketersediaan dasar dan sistem yang dibangunkan serta menentukan…
Read MoreEkonomi Malaysia kekal stabil
KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi Malaysia secara umumnya kekal stabil berdasarkan laporan Indeks Daya Saing Dunia (WCR) 2024 oleh Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD). Perdana Menteri berkata, laporan itu mengambil kira beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Malaysia, termasuk kelewatan pelaksanaan penyasaran subsidi serta prestasi ringgit dan pengurusan ekonomi. Beliau berkata selepas pandemik Covid-19, pertumbuhan ekonomi negara melonjak naik daripada ambang yang sangat rendah yang mana prestasi berikutnya adalah terlalu rendah berbanding sebelumnya. “Dalam keadaan perbelanjaan kita meningkat dan defisit membengkak, kita masih…
Read More