Waran tangkap bekas menteri Russia

MOSCOW: Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas Menteri Pertahanan Russia, Sergey Shoigu dan Ketua Staf Am, Valery Gerasimov.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya, ICC berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan terhadap dakwaan jenayah antarabangsa yang dilakukan dua individu terbabit di Ukraine antara 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023.

Shoygu dan Gerasimov didakwa mengarahkan serangan ke atas infrastruktur awam yang mengakibatkan kecederaan serta melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Kedua-dua waran tangkap itu dikeluarkan berikutan permohonan yang difailkan oleh pihak pendakwaan.

Dewan Pra-Perbicaraan II menganggap terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kedua-dua suspek bertanggungjawab ke atas serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh angkatan bersenjata Russia terhadap infrastruktur elektrik Ukraine dari 10 Oktober 2022 hingga 9 Mac 2023,.

Related posts

Leave a Comment