1MDB: Aset USD$200 juta akan dikembalikan

NEW YORK: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mencapai persetujuan dengan ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low untuk memulangkan lebih AS$100 juta (RM471 juta) yang didakwa digelapkan daripada dana kekayaan milik Malaysia sebagai sebahagian daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). AS berkata, karya seni oleh artis Andy Warhol dan Claude Monet dan sebuah apartmen mewah di Paris akan dicairkan dan aset bernilai AS$67 juta (RM315.7 juta) akan dikembalikan kepada Malaysia. Pendakwa raya mendakwa aset itu dikaitkan dengan wang tunai yang diperoleh untuk dana 1MDB sejak 2012 dan 2013. Jho Low yang…

Read More

Bekas Presiden Honduras dijel 45 tahun

NEW YORK: Bekas Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan didenda USD8 juta oleh hakim Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan mengedar dadah. Hernandez, presiden bagi tempoh 2014 hingga 2022 sebelum ini menafikan tuduhan terhadapnya dan pada hari pengadilannya pada Rabu, beliau menegaskan tidak bersalah dan “dituduh secara salah dan tidak adil.” Pada Mac lalu, juri di New York mendapati Hernandez bersalah atas tiga pertuduhan mengedar dadah selepas perbicaraan dua minggu di mahkamah persekutuan Manhattan. Beliau menafikan tuduhan itu. Hernandez diekstradisi dari Honduras selepas Jabatan Kehakiman AS…

Read More

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC

SHAH ALAM 26 Jun – Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melancarkan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) bermula pada malam ini sehingga 2 Julai depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sukan Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata inisiatif itu susulan keputusan tidak adil dan bersifat penindasan yang dijatuhkan oleh Malaysian Football League (MFL) kepada Selangor FC semalam. “Bola sepak, yang selama ini dijulang sebagai sukan yang menyatukan rakyat kini dicemar dengan elemen keganasan dan ketaksuban kenegerian melampau hingga menjurus kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat. Kerajaan negeri menjunjung kasih…

Read More

Wakil DAP minta siasat MCA tidak undi RUU

KUALA LUMPUR 27 Jun – Seorang penyokong kerajaan meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen daripada blok kerajaan yang tidak mengundi Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pembubaran) 2024. Lim Lip Eng (PH-Kepong) berkata, gesaan itu bagi memastikan tiada unsur khianat terhadap RUU yang dibentangkan oleh kerajaan. “Tan Sri Speaker, saya nak point out the fact (tunjukkan fakta). Tadi dua orang Ahli Dewan daripada MCA tidak mengundi. Jadi, saya nak minta Tan Sri untuk menyiasat sama ada dua MP (Ahli Parlimen) MCA…

Read More

Gabungan MAVCOM, CAAM tiada udang sebalik batu

KUALA LUMPUR 26 Jun – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan) 2024 bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 (Akta 788). Ia antara lain bagi memindahkan fungsi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang akan dibubarkan, kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Rang undang-undang yang dikemukakan Menteri Pengangkutan Anthony Loke itu diluluskan dengan suara majoriti selepas dibahaskan enam Ahli Parlimen. Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Loke menyatakan komitmen untuk memastikan proses penggabungan badan kawal selia industri penerbangan Malaysia itu berjalan…

Read More

Lantikan Pengerusi SPR langgar janji reformasi pilihan raya

KUALA LUMPUR 26 Jun – Pelantikan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar,  Ramlan Harun, sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, disifatkan sebagai melanggar janji reformasi pilihan raya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendakwa pelantikan Rahman itu jelas bertentangan dengan permintaan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Pilihan Raya, Reformasi Institusi dan Hak Asasi yang ditubuhkan oleh Parlimen. Dalam kenyataannya BERSIH mendakwa pelantikan Rahman itu jelas bertentangan dengan permintaan Jawatankuasa Pilihan Khas (JPKP) Pilihan Raya, Reformasi Institusi dan Hak Asasi yang ditubuhkan oleh Parlimen. Katanya, lantikan ini tetap…

Read More

Perincian kenaikan gaji Oktober ini

PUTRAJAYA 26 Jun – Perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini. “Sudah sekian lama tidak ada satu kenaikan yang bermakna (membabitkan) gaji penjawat awam dalam keadaan kita bagi tekanan lebih kuat sekarang, kerja lebih kuat, pemantauan lebih kuat dan penguat kuasa termasuk SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) lebih hebat, terjah ke kawasan dan jabatan.…

Read More

BERSIH kecam kenyataan Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR 26 Jun –  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan kerana menganggap tidak salah bagi anggota Kabinet menganjurkan program atau mengumumkan peruntukan semasa pilihan raya kecil (PRK) berlangsung. Merujuk kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu, BERSIH mengingatkan bahawa amalan menggunakan sumber dan jentera kerajaan semasa berkempen adalah bertentangan dengan amalan baik pilihan raya yang bersih dan adil di peringkat antarabangsa. “Sebagai contoh, Perkara 4(1) Deklarasi Inter-Parliamentary Union (IPU) menyatakan bahawa negara perlu memastikan ada pemisahan di antara kerajaan dan parti…

Read More