10 kanak-kanak hilang kaki setiap hari

GENEVA – Secara purata, sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki setiap hari akibat perang yang berlarutan sejak bermula Oktober lalu.

Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata jumlah itu tidak termasuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan lain iaitu lengan dan tangan.

“Ini bermakna kira-kira 2,000 kanak-kanak yang kehilangan anggota badan selepas lebih 260 hari perang kejam ini. Pembedahan bagi memotong kaki sering berlaku dalam keadaan yang dahsyat dan sering kali tanpa bius,” katanya.

Pada masa sama, Lazzarini berkata, UNRWA menyelaraskan hampir semua bantuan ke Gaza, namun agensi itu berdepan serangan tanpa henti dan krisis pembiayaan yang serius.

Beliau berkata, agensi itu masih memerlukan dana sekurang-kurangnya AS$140 juta (RM658 juta) untuk bertahan sehingga akhir tahun ini.

“Dari aspek kewangan terkini, kami hanya mampu bertahan sehingga akhir Ogos ini sahaja,” katanya.

Semalam, Save the Children mendedahkan kira-kira 21,000 kanak-kanak dianggarkan hilang akibat perang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment