Noh Omar sertai Bersatu

SEPANG 4 Julai –  Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar mengumumkan menyertai Bersatu selepas dipecat UMNO tahun lalu kerana melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15. Noh yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, beliau memohon untuk menyertai Bersatu secara dalam talian semalam dengan mengisi borang dan terus diterima. “Tiada siapa yang tahu. Kemudian saya terus dapat sijil menjadi ahli Bersatu,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan, hari ini. Beliau berkata, keputusan drastik itu dibuat selepas kecewa dan sedih dengan nasib menimpa bekas Perdana Menteri,…

Read More

Anjing liar di jalanan, apa penyelesaiannya

DALAM satu hantaran di Facebook Bandar Baru Bangi Community (BHBC), Selak tertarik dengan kenyataan yang berbunyi : “Anjir (anjing) utk dijual. Sekor RM3.50. Ambil semua (4 ekor) RM10!! Lokasi Jalan 5C/5, Seksyen 5. Maknanya, ada masalah anjing liar atau anjing jalanan. Bagi Selak, ia satu gurauan tetapi serius. Nampak benar kekecewaannya berkaitan masalah anjing berkeliaran yang boleh mengancam keselamatan orang awam terutama kanak-kanak. Lihatlah komen yang pelbagai. Tidak ketinggalan, rasa kecewa netizen terhadap pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Akhirnya lahirlah kenyataan gurauan seperti di atas. Siapa lagi yang…

Read More

Syabu macam jual pisang goreng

KUALA LUMPUR 4 Julai –  Seorang penyokong kerajaan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini mendakwa dadah terutama syabu semakin mudah didapati dengan harga murah. Justeru, beliau yang bimbang dengan situasi itu, menggesa kerajaan merangka mekanisme membanteras dadah secara besar-besaran selepas bahan terlarang itu terutama syabu didakwa dijual seperti ‘pisang goreng’. Situasi itu, menyebabkan isu penagihan dadah di negara ini sukar ditangani sehingga memerlukan pindaan kepada Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Beliau antara lain mempersoalkan tindakan penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pihak berkuasa berkaitan dalam membanteras isu…

Read More

MPN tidak terima dana selepas Mei 2018

KUALA LUMPUR 4 Julai – Majlis Profesor Negara (MPN) tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 23 Mei 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri. Menurut Pengurusan MPN, sejak itu MPN bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022. Dalam tempoh itu, MPN mengambil inisiatif tertentu bagi menentukan kelangsungannya selain membuat pindaan terhadap Perlembagaan selaras dengan kedudukan serta statusnya itu. MPN membuat penjelasan itu bagi merujuk Laporan Ketua Audit Negara terhadap isu  salah guna dana dan isu tadbir urus oleh MPN bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023. Menurut kenyataan melalui…

Read More

Sheikh Al-Azhar diterima menghadap Agong

KUALA LUMPUR 4 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, yang dalam rangka lawatan khas empat hari ke Malaysia. Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, di sini, hari ini. Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb berlangsung selama sejam bermula  pukul 10 pagi. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad…

Read More

LKAN kesan salah guna dana dalam MPN

PUTRAJAYA 4 Julai – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang diumumkan hari ini turut mengesan penyalahgunaan dana dalam Majlis Profesor Negara (MPN), apabila didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516. Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016). MPN sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut laporan itu, pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 dibuat tanpa kelulusan menteri…

Read More

BN mengharapkan kemenangan PH

NIBONG TEBAL 4 Julai – : Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini akan memberi imej yang baik terhadap kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN). Justeru Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamid, berkata kemenangan itu amat penting kepada Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri berkata pihaknya komited untuk mengekalkan kerjasama yang baik kerana PH sebelum ini telah membantu mereka dalam beberapa PRK dan Pilihan Raya Negeri (PRN). “Kemenangan di Sungai Bakap ini sungguh penting untuk Kerajaan Perpaduan…

Read More

FELDA rekod pendapatan RM186 juta

KUALA LUMPUR 4 Julai – FELDA merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta bagi suku pertama tahun ini, meningkat tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pendapatan itu merangkumi pendapatan hasil sawit lot FELDA, dividen, yuran pengurusan dan lain-lain pendapatan. Katanya, perkembangan positif itu adalah impak daripada harga ‘Fresh Fruit Bunches’ (FFB) yang memberangsangkan pada suku pertama tahun ini iait pada harga RM806.29 per tan berbanding tempoh sama tahun lalu RM797.89 per tan. Menurut…

Read More