Isyarat penolakan rakyat terhadap PH-BN

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pas menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH-BN menguruskan ekonomi dan membela kebajikan rakyat, tanpa mengira lapisan umur dan  bangsa.

Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan itu sangat bermakna kepada Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di padang tidak sama rata, dicemari proses demokrasi yang tempang dan rasuah politik yang berleluasa.

“Alhamdulillah syukur dan tahniah kepada pengundi atas kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap dengan majoriti yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan berhubung kemenangan PN yang diwakili calon Pas.

Pada PRK itu, PN melalui calonnya Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal Abidin Ismail menang dengan majoriti …. mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.

Hadi juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera PN Pulau Pinang dan jentera negeri-negeri yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan di Sungai Bakap.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera PiN yang berkorban masa, tenaga dan harta dalam berusaha memenangkan Abang Abidin.

“Raikan semangat kemenangan dengan istighfar dan sujud syukur kepada Allah SWT yang mentakdirkan segalanya. Tahniah dan terima kasih buat warga Sungai Bakap tanpa mengira kaum yang memilih Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional yang turut menyokong Abang Abidin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment