BERSIH dakwa Johari Abdul terkhilaf

KUALA LUMPUR 11 Julai – Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat,  Johari Abdul terkhilaf memahami mekanisme, prinsip dan hasrat akta antilompat parti apabila mengekalkan kerusi disandang enam bekas Ahli Parlimen Bersatu. Justeru, situasi ini akan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta ini terhadap matlamat asal demi menjamin kestabilan politik negara. Dalam satu kenyataan hari ini, BERSIH mendakwa Johari mensia-siakan peluang untuk menguatkuasa dan memperkasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, yang buat kali pertama diuji…

Read More

“Bahagian mana saya tak baca?”

KUALA LUMPUR 11 Julai – “Saya faham betul peruntukan perlembagaan ini. Yang tak faham ialah Anwar,” begitu reaksi Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status enam bekas wakil rakyat Bersatu. Presiden Bersatu itu juga bertanya Perdana Menteri bahagian mana yang beliau didakwa tidak baca berhubung perlembagaan itu. “Anwar kata saya baca sebahagian saja daripada Perlembagaan. Saya nak tanya Anwar bahagian mana yang saya tak baca tu? “Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan,”…

Read More

Enam kekal Bebas, tidak sertai parti politik

KUALA LUMPUR 11 Julai – Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul memutuskan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan. Dr Suhaili Abdul Rahman (Bebas-Labuan) yang mengetuai sidang media hari ini bagi menjelaskan kedudukan mereka berenam turut menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain selepas ini. “Perkara 49A jelas bahawa kami tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia akan melanggar perkara 49A. “Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen bebas adalah soal peruntukan Ahli Parlimen untuk kami…

Read More

PM pertahan ketetapan Speaker

KUALA LUMPUR 11 Julai – Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu bersandarkan tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung akta anti lompat parti Perdana Menteri berkata, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, perlu  membaca tafsiran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung akta anti lompat secara keseluruhan, dan bukan diambil sebahagiannya sahaja. Katanya, ketetapan Johari itu adalah berlandaskan undang-undang yang memberi kuasa kepada Speaker memutuskan perkara demikian. “Kalau tafsiran undang-undang kena baca seluruhnya, jangan pilih satu dan tinggal yang lain seperti mana dilakukan…

Read More

Tafsir ikut cita rasa, Akta Lompat Parti boleh ‘ditalkinkan’

KUALA LUMPUR 11 Julai – Keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sudah dijangka. Naib Presiden Putra Nasir Abdullah berkata, keputusan itu  jelas telah mencampuri urusan dalaman Parti Bersatu atau mungkin sengaja mengelak daripada berlaku pilihan raya yang akan mengundang padah dan malu kepada Kerajaan Perpaduan. Dalam kenyataannya, beliau berkata Speaker secara terang-terangan membuat tafsiran yang sebenarnya dilihat sebagai memperbodohkan kepandaian dan jawatan beliau sendiri. Katanya, signal atau isyarat yang dihantar oleh rakyat…

Read More

Keputusan Johari boleh ‘makan diri’

SEPANG 11 Julai – Veteran UMNO, Shahrir Samad berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan kerusi yang dipegang enam bekas ahli Parlimen Bersatu tidak menjamin kestabilan politik. Sebaliknya, beliau mengingatkan keputusan yang dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan sendiri dan kepentingan semasa itu,  kemungkinan boleh terkena kepada diri sendiri. “Jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri. Tidak ada apa yang sekarang menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti. Tak lompat, hanya ‘terkeluar’ dari parti sebab menyokong kepimpinan Ketua Dewan, iaitu PM. Bagaimana sebaliknya? Iaitu…

Read More

Joe Biden diminta menarik diri

WASHINGTON: Aktor George Clooney menggesa Presiden Joe Biden untuk berhenti dan menarik diri daripada bertanding bagi penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu. Pengumpul dana terbesar kempen politik parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) muncul sebagai personaliti terbaharu yang menggesa Biden bersara. Gesaan tersebut dikeluarkan aktor ternama Hollywood itu beberapa jam selepas pemimpin kanan Demokrat, Nancy Pelosi menyuarakan persoalan sama ada Biden perlu meneruskan keinginannya untuk bertanding bagi penggal kedua. Menurut Clooney, Presiden Biden telah memenangi banyak pertempuran dalam kerjayanya, namun, “satu-satunya pertempuran yang tidak dapat dimenanginya…

Read More

Syrian Airlines terbang semula ke Saudi

RIYADH: Syrian Airlines, syarikat penerbangan kebangsaan Syria, menyambung semula perkhidmatan penerbangan ke Arab Saudi selepas ia digantung selama 12 tahun dengan penerbangan pertama pesawatnya itu tiba di Riyadh hari ini. Duta Besar, Syria, Ayman Soussan berkata pesawat Syrian Airlines yang membawa 170 penumpang itu mendarat di ibu negara Arab Saudi dan menjadi simbolik pembukaan semula laluan berkenaan. Katanya, kedua-dua negara bersetuju untuk mengendalikan satu penerbangan pergi balik setiap minggu antara Riyadh dan Damsyik selepas pergantungan tempoh masa panjang susulan perang saudara di Syria. Pegawai Kementerian Pengangkutan Syria, Suleiman Khalil berkata…

Read More