Dr Mahathir ucap terima kasih

PUTRAJAYA 10 Julai – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi ucapan sempena hari jadinya yang ke-99 hari ini. “Saya amat menghargai ucapan-ucapan yang disampaikan dan saya harap kita semua akan terus sihat dan berjaya dalam aoa juga tugas yang kita jalankan. Terima kasih” katanya dalam satu video ringkas. Dr. Mahathir yang berada di luar negara memberi ucapan itu sambil ditemani isterinya Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, yang akan genap usia 98 tahun Jumaat ini. Dilahirkan di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah…

Read More

Nilai semula MPN sebagai syarikat

KUALA LUMPUR 10 Julai  – Kerajaan sedang menjalankan kajian bagi menilai semula status Majlis Profesor Negara (MPN) sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dengan mengambil kira matlamat penubuhannya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata ini susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024 mengenai penyalahgunaan pembiayaan kewangan, selain amalan tadbir urus korporat institusi itu yang berada pada tahap tidak memuaskan. “Tertakluk kepada keputusan kajian yang dibuat, syor LKAN supaya Artikel Pertubuhan MPN perlu dipinda dan wakil kerajaan dilantik sebagai ahli dalam Lembaga Pemegang Amanah…

Read More

Kerugian RM2.6 bilion penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR 10 Julai –  Jumlah kerugian jenayah penipuan dalam talian mencecah lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said. Justeru, beliau berkata Rang Undang-Undang RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2024 bertujuan mewujudkan peruntukan bagi kesalahan membabitkan kaedah pembayaran atau akaun di institusi kewangan. Katanya, ia juga sebagai langkah menangani peningkatan penipuan dalam talian yang membimbangkan rakyat. “Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk polis dalam mengekang sindiket penipuan termasuk meningkat penguatkuasaan undang-undang, tangkapan dan menjalankan pendakwaan Kebanyakan…

Read More

Potret Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR 10 Julai – Istana Negara mempersembahkan potret Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024. Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu. Istiadat Pertabalan akan berlangsung pada 20 Julai di Istana Negara dan kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, akan melaksanakan tujuh acara sempena istiadat penuh simbolik lima tahun sekali itu. Acara sempena Istiadat Pertabalan itu dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin…

Read More

Dr Mahathir genap 99 tahun

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-99 hari ini. Beliau dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah tetapi tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925. Lebih unik, tarikh lahir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pula jatuh dua hari selepas sambutan istimewa Dr Mahathir. Dr Siti Hasmah genap 98 tahun Jumaat ini. Dr Mahathir adalah anak bongsu kepada sembilan beradik kepada pasangan suami isteri, Mohamad Iskandar dan Wan Tempawan Wan Hanafi. Walaupun meraikan hari lahir ke-99 hari…

Read More

6 bekas Ahli Parlimen Bersatu kekal

KUALA LUMPUR 10 Julai – Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat, kata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan perkara itu selepas dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul menerusi surat bertarikh semalam. Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Muhyiddin pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini. Enam ahli Parlimen adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim…

Read More

Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raja-raja digunakan

KANGAR 10 Julai – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah baginda tidak berkenan apabila nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan). Mufti Perlis  Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook hari ini. “Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail menitahkan saya memaklumkan bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan,” katanya. RUU berkenaan dijadualkan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua minggu…

Read More

Kaji 10,000 pelajar tidak duduki SPM

PULAU PINANG – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) menggesa  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPTM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) membuat kajian menyeluruh mengenai sebab-sebab lebih 10,000 pelajar tidak hadir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lepas. Presiden PEMENANG Mohd Yussof Latiff berkata, KPTM dan KPM diwajibkan memandang berat dan serius isu pelajar yang majoritinya Melayu /Bumiputera tidak menduduki peperiksaan kerana ianya akan memberi impak terhadap pembangunan modal insan negara dalam beberapa tahun akan datang. “Satu kajian menyeluruh hendaklah dilakukan bagi mengenal pasti sebab musababnya dan merumuskan kaedah-kaedah mengatasi masalah ini kerana…

Read More

PLKN 3.0 dijangka pertengahan 2025

KUALA LUMPUR 10 Julai –   Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dicadangkan bermula sekitar pertengahan tahun depan, dengan membabitkan fasa pra PLKN di peringkat sekolah, kata Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin. Katanya, bagi fasa PLKN asas membabitkan peserta berumur 17 tahun dan ke atas dijangka bermula pada April 2026 manakala bagi fasa asas di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bermula pada pengambilan pelajar sesi akademik 2026/2027. “Bagi fasa pra PLKN di peringkat sekolah, ia akan dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul generasi MADANI oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan dijangka bermula pada…

Read More