BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi kepada cadangan perjanjian pertukaran tahanan, namun sebarang perjanjian mesti membenarkan Tel Aviv meneruskan operasi ketenteraan di Gaza. Bercakap pada majlis tamat latihan pegawai tentera, Netanyahu menekankan kepentingan membebaskan sebilangan besar tebusan tetapi sebagai tanggungjawab negara,” Netanyahu menyatakan, “sebarang perjanjian mesti membenarkan kami kembali bertempur di Gaza.” Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menekankan rancangan mencapai perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza. Pelan itu menggariskan prinsip asas pertukaran tahanan dan pemulihan…
Read MoreGesaan Biden tarik diri meningkat
WASHINGTON: Gesaan supaya Joe Biden menarik diri daripada pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat apabila kebanyakan pemimpin Demokrat mahu beliau berbuat demikian. Menurut laporan tinjauan yang diterbitkan semalam, kebanyakan pemimpin Demokrat mahu Biden menarik diri susulan prestasi suram pada debat pertama menentang bekas Presiden Donald Trump pada 27 Jun. Tinjauan Washington Post-ABC News-Ipsos mendapati 56 peratus daripada pemimpin Demokrat mahu Biden tidak bertanding semula, sebaliknya membiarkan calon lain berbuat demikian pada November ini. Secara keseluruhan, 67 peratus penduduk dewasa Amerika berkata presiden seharusnya menarik diri daripada saingan merebut jawatan…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 12.07.2024
ADUN Selat Klang kekal, PN anggap bersifat kepartian
SHAH ALAM 11 Julai – Keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San, memutuskan kerusi DUN Selat Klang tidak perlu dikosongkan adalah bersifat kepartian, bukannya bersandarkan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Ketua Pembangkang DUN Selangor, Mohamed Azmin Ali yang menyatakan rasa kecewa dan kesal juga menyifatkan keputusan itu seperti yang dijangkakan pihaknya “Saya dan ADUN-ADUN PN Selangor amat kecewa dan kesal dengan keputusan yang dibuat Speaker yang tidak merujuk kepada Perlembagaan dan undang-undang. “Kami tidak dibenarkan sebarang pertanyaan ataupun perbahasan, ini satu sikap yang tidak profesional. Beliau (Speaker) tangguhkan…
Read MoreAhli Parlimen PN pakai lilitan putih
KUALA LUMPUR 11 Julai – Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan memakai lilitan putih di lengan pada sidang Dewan Rakyat minggu depan sebagai protes terhadap keputusan Speaker Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam bekas wakil rakyat Bersatu. Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya sangat kecewa dan berduka dengan keputusan dibuat Johari dan menyifatkan keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan kerusi terbabit sebagai black decision. “Kami mulai minggu depan, semua Ahli Parlimen PN akan pakai lilitan putih di lengan sebagai tanda protes, kecewa dan dukacita. Ini adalah ‘black decision’ yang boleh menjahanamkan…
Read MoreTiada kekosongan DUN Selat Klang
SHAH ALAM 11 Julai – Tiada kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Abdul Rashid Asari, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San. Menurutnya, pemberhentian keahlian ADUN Selat Kelang dalam Bersatu didapati sebagai satu pemecatan terancang (constructive expulsion) di bawah operasi Perkara LXVA 2(c) Perlembagaan Negeri Selangor. “Notis dan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang (Mohamed Azmin Ali) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Selat Klang tidak dikosongkan,” katanya pada sidang…
Read MoreSelepas ‘dikritik, ditekan’ Johari kekal keputusan
KUALA LUMPUR 11 Julai – Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul kekal mempertahankan keputusannya tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas wakil rakyat Bersatu walaupun mendapat kritikan dan tekanan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) petang ini. Johari ketika menjelaskan ketetapannya di Dewan Rakyat berkata, keputusan dikekalkan selepas melakukan ‘siasatan’ termasuk membaca semua kenyataan berkaitan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan. “Saya bukan posmen, bila saya terima apa juga yang telah diberi pada saya, seperti disebut (YB) Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee), saya akan pasti… saya pasti… saya kaji semua, saya baca semua kenyataan-kenyataan dalam…
Read MoreTidak wajar sempitkan takrif Ahlus Sunnah Wal Jamaah
ARAU 11 Julai – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bertitah adalah tidak wajar berlakunya tindakan menyempitkan takrif Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini kerana tindakan seumpama itu tidak bersifat inklusif, bahkan membawa kepada elemen sektarian dalam kalangan umat Islam di negara ini. Titah baginda, sesuatu undang-undang yang ingin digubal hendaklah dipertimbang sewajarnya, terutama mengenai kesan dan akibat apabila sesuatu perkara itu diluluskan oleh Parlimen yang juga badan penggubalan undang-undang yang kompeten di negara ini. “Adalah dimaklumkan bahawa beta mengikuti dengan rapat dan menimbangkan dengan penuh berhati-hati akan…
Read MoreBERSIH dakwa Johari Abdul terkhilaf
KUALA LUMPUR 11 Julai – Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul terkhilaf memahami mekanisme, prinsip dan hasrat akta antilompat parti apabila mengekalkan kerusi disandang enam bekas Ahli Parlimen Bersatu. Justeru, situasi ini akan menimbulkan polemik mengenai keberkesanan akta ini terhadap matlamat asal demi menjamin kestabilan politik negara. Dalam satu kenyataan hari ini, BERSIH mendakwa Johari mensia-siakan peluang untuk menguatkuasa dan memperkasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) berkait larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, yang buat kali pertama diuji…
Read More“Bahagian mana saya tak baca?”
KUALA LUMPUR 11 Julai – “Saya faham betul peruntukan perlembagaan ini. Yang tak faham ialah Anwar,” begitu reaksi Muhyiddin Yassin terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung status enam bekas wakil rakyat Bersatu. Presiden Bersatu itu juga bertanya Perdana Menteri bahagian mana yang beliau didakwa tidak baca berhubung perlembagaan itu. “Anwar kata saya baca sebahagian saja daripada Perlembagaan. Saya nak tanya Anwar bahagian mana yang saya tak baca tu? “Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen yang terhenti menjadi ahli partinya maka kerusinya di Dewan Rakyat hendaklah dikosongkan,”…
Read More