WASHINGTON: Gesaan supaya Joe Biden menarik diri daripada pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat apabila kebanyakan pemimpin Demokrat mahu beliau berbuat demikian.
Menurut laporan tinjauan yang diterbitkan semalam, kebanyakan pemimpin Demokrat mahu Biden menarik diri susulan prestasi suram pada debat pertama menentang bekas Presiden Donald Trump pada 27 Jun.
Tinjauan Washington Post-ABC News-Ipsos mendapati 56 peratus daripada pemimpin Demokrat mahu Biden tidak bertanding semula, sebaliknya membiarkan calon lain berbuat demikian pada November ini.
Secara keseluruhan, 67 peratus penduduk dewasa Amerika berkata presiden seharusnya menarik diri daripada saingan merebut jawatan itu.
Rabu lalu, Peter Welch menjadi senator Demokrat pertama yang mendesak Biden untuk menarik diri.
Menerusi kenyataan di Washington Post, Welch berkata prestasi perbahasan Biden menjurus kepada ‘bencana’ kepada parti dan mereka tidak boleh mengabaikan persoalan dibangkitkan sejak perdebatan itu.
