Perjanjian mesti benarkan operasi Israel

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menyatakan komitmen tidak berbelah bahagi kepada cadangan perjanjian pertukaran tahanan, namun sebarang perjanjian mesti membenarkan Tel Aviv meneruskan operasi ketenteraan di Gaza.

Bercakap pada majlis tamat latihan pegawai tentera, Netanyahu menekankan kepentingan membebaskan sebilangan besar tebusan tetapi sebagai tanggungjawab negara,” Netanyahu menyatakan, “sebarang perjanjian mesti membenarkan kami kembali bertempur di Gaza.”

Pada Mei lalu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menekankan rancangan mencapai perjanjian pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas dan mewujudkan gencatan senjata di Gaza.

Pelan itu menggariskan prinsip asas pertukaran tahanan dan pemulihan sepenuhnya di Gaza, membentuk asas rundingan berterusan antara Hamas dan Israel.

Netanyahu turut menegaskan Tel Aviv akan meneruskan kempen ketenteraannya di wilayah itu sehingga semua objektifnya tercapai walaupun mengambil masa.

Walaupun berbulan usaha pengantaraan, dihalang keengganan Israel di bawah perlindungan AS, perjanjian komprehensif masih belum dicapai.

Laporan daripada sumber rasmi Israel menunjukkan rundingan tidak langsung antara Tel Aviv dan Hamas disambung semula, memfokuskan pada pertukaran tahanan membabitkan tahanan Israel dan pemberhentian permusuhan di Gaza.

Setakat ini, usaha AS, Qatar dan Mesir untuk menjadi pengantara perjanjian antara Israel dan Hamas dihalang oleh penolakan Netanyahu terhadap gesaan Hamas menghentikan permusuhan.

Israel yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Oktober 2023 oleh Hamas.

Lebih 38,300 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan hampir 88,300 yang lain cedera, manakala kawasan Gaza yang luas berada dalam runtuhan di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Nnn

Related posts

Leave a Comment