SPM: Pencapaian calon lebih baik

PUTRAJAYA 10 Jun – Walaupun menduduki peperiksaan dalam suasana norma baharu berikutan pandemik Covid-19, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mencatatkan pencapaian calon yang lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada 2019.

Malahan kata Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin ia pencapaian terbaik sejak 2016 dan pada masa  sama, pencapaian calon luar bandar pula lebih baik berbanding calon di bandar.

Seramai 401,105 calon menduduki peperiksaan SPM 2020 dengan jumlah keseluruhan 83 mata pelajaran di 3,310 pusat peperiksaan.

Menurut  Radzi, sebanyak 43 mata pelajaran menunjukkan keputusan peningkatan, 39 menurun dan satu kekal

“Pada SPM 2020, mata pelajaran Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menunjukkan peningkatan dalam prestasi mata pelajaran teras, sementara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menunjukkan penurunan.

“Calon layak sijil SPM pula meningkat kepada 88.68 peratus, lebih 1,96 peratus berbanding 86.72 peratus pada 2019.

“Sementara calon berkeperluan khas (CBK) layak sijil SPM turut menunjukkan peningkatan 6.88 peratus kepada 68.22 peratus pada 2020 berbanding 61.34 peratus pada 2019,” katanya.

Related posts

Leave a Comment