Singapura lapor dua kematian, 3,472 kes

SINGAPURA 20 April – Kementerian Kesihatan (MoH)) melaporkan 3,472 kes baharu Covid-19 dan dua kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,170,970 kes.dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,319 orang. Kes yang direkodkan hari ini adalah terdiri daripada 3,324 jangkitan tempatan dan 148 kes import. Sementara itu, sebanyak 3,134 kes baharu Protokol 2 direkodkan yang melibatkan  3,004 jangkitan tempatan dan 130 kes import. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.…

Read More

Sepanyol mansuh pelitup muka

MADRID 20 April – Sepanyol hari ini, memansuhkan sebahagian peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup termasuk di sekolah- sekolah. Bagaimanapun pelitup muka masih diwajibkan untuk para pelawat dan kakitangan pusat kesihatan dan rumah jagaan, namun pesakit tidak perlu memakainya seperti terkandung dalam dekri pemerintah yang diluluskan pada Selasa 19 April. Pelitup muka juga masih diwajibkan di dalam semua pengangkutan awam tetapi bukan di stesen atau lapangan terbang. Setakat ini masih belum jelas kesan dekri ke atas tempat kerja seperti syarikat awam dan swasta, bank, kilang dan gerai…

Read More

Hari Raya : Jangan bebankan keluarga Malaysia

KEMERIAHAN Hari Raya semakin terasa. Maklumlah dua tahun tidak dapat berhari raya bersama akibat pandemik Covid-19. Lebih meriah apabila kakitangan awam sama ada di peringkat negeri atau pusat mendapat ‘habuan’ masing-masing. Ada kakitangan kerajaan yang mendapat RM500, ada yang dapat RM1,000 dan ada juga yang mendapat sebulan gaji. Begitu juga dengan golongan pesara, mereka juga mendapat habuan hari raya. Tidak ketinggalan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon untuk membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000. Diharapkan pencarum KWSP dapat memanfaatkan wang itu sebaik mungkin, sesuai dengan tujuan atau matlamat asal…

Read More

178 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 20 April – Brunei Darussalam merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,542. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 166  adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 567 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Terdapat dua kes dalam Kategori…

Read More

Kes Thailand catat peningkatan

BANGKOK 20 April – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan hari ini dengan merekodkan 20,455 kes berbanding 16,891 menjadikan jumlah keseluruhan 4,084,299 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 20,226 kes baharu melibatkan penduduk awam, 135 penghuni penjara dan 94 kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian juga masih tinggi dengan 128 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 129 semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 27,263. Sehingga Selasa, sebanyak 191,743 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 49,545 di hospital di mana 2,049 dalam keadaan kritikal dan 902 bergantung kepada bantuan…

Read More

6,069 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 April – Malaysia merekodkan 6,069 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 7,140 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.4 juta atau 4,402,234. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 110 kes import melibatkan 73 warganegara (66.4%) dan 37 bukan warganegara (33.6%). Manakala 5,959 kes tempatan pula melibatkan 5,745 warganegara (96.4%) dan 214 bukan warganegara (3.6%). Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 10,619 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,274,746 kes. Beliau juga memaklumkan sebanyak 6,024 kes (99.26%) adalah dalam kategori satu dan…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 20 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.86 berbanding 0.88 kelmarin. Bagaimanapun tiga negeri mencatatkan kadar melebihi 0.86 didahului Negeri Sembilan 0.90 diikuti Selangor dan Melaka dengan masing-masing 0.88. Ini diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 0.87, Terengganu 0.85, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.83, Johor 0.78, Pulau Pinang 0.77, Sabah 0.73 dan Sarawak 0.70. Kedah mencatatkan 0.69, Pahang 0.68, dan Kelantan 0.64 manakala Perlis mencatatkan enam kes dan Wilayah Persekutuan Labuan empat kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu…

Read More