Kes Thailand catat peningkatan

BANGKOK 20 April – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan peningkatan hari ini dengan merekodkan 20,455 kes berbanding 16,891 menjadikan jumlah keseluruhan 4,084,299 orang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 20,226 kes baharu melibatkan penduduk awam, 135 penghuni penjara dan 94 kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian juga masih tinggi dengan 128 lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding 129 semalam yang membawa kepada jumlah kumulatif 27,263.

Sehingga Selasa, sebanyak 191,743 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 49,545 di hospital di mana 2,049 dalam keadaan kritikal dan 902 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 25,933 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan 3,865,293 orang pulih.

CCSA, melaporkan 128 yang meninggal dunia berumur antara 13 hingga 100 tahun di mana Bangkok merekodkan sembilan kematian di samping wilayah lain termasuk di Utara 23 kes,Timur Laut 37 dan Selatan 5.

Bangkok terus mendahului kes harian dengan 3,332 kes diikuti Chon Buri 885, Khon Kaen 693, 671 Samut Prakan 532, Buri Ram 499, Chachoengsao 485, Ubon Ratchathani 458, Sakon Nakhon 449.

Kes import pula melibatkan ketibaan dari 32 negara termasuk Arab Saudi (11),  United Kingdom (9),  Malaysia (8), Australia (8) dan Kemboja (7).

Related posts

Leave a Comment