6,069 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 20 April – Malaysia merekodkan 6,069 kes baharu Covid-19 semalam, berbanding 7,140 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini sebanyak 4.4 juta atau 4,402,234.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 110 kes import melibatkan 73 warganegara (66.4%) dan 37 bukan warganegara (33.6%).

Manakala 5,959 kes tempatan pula melibatkan 5,745 warganegara (96.4%) dan 214 bukan warganegara (3.6%).

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 10,619 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,274,746 kes.

Beliau juga memaklumkan sebanyak 6,024 kes (99.26%) adalah dalam kategori satu dan dua, 41 kes (0.74%) lagi dalam kategori tiga, empat dan lima.

Sebanyak 97 kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 64 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, lima kluster baharu direkodkan, dengan 117 kluster masih aktif.

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 6,069 kes harian yang dilaporkan pada 19 April 2022:

  • Kategori 1: 2,598 kes (42.81%);
  • Kategori 2: 3,426 kes (56.45%);
  • Kategori 3: 21 kes (0.35%);
  • Kategori 4: 10 kes (0.16%); dan
  • Kategori 5: 14 kes (0.23%).

Daripada 45 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 19 April 2022:

  • 9 kes (20.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 18 kes (40.00%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 18 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 21 kes (46.67%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 26 kes (57.78%) mempunyai komorbid.

Related posts

Leave a Comment