Singapura lapor dua kematian, 3,472 kes

SINGAPURA 20 April – Kementerian Kesihatan (MoH)) melaporkan 3,472 kes baharu Covid-19 dan dua kematian di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,170,970 kes.dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 1,319 orang.

Kes yang direkodkan hari ini adalah terdiri daripada 3,324 jangkitan tempatan dan 148 kes import.

Sementara itu, sebanyak 3,134 kes baharu Protokol 2 direkodkan yang melibatkan  3,004 jangkitan tempatan dan 130 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 338 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR di mana sebanyak  320 adalah jangkitan tempatan manakala 18 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul setakat ini sejak pandemik melanda adalah 1,170,970

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.90, naik berbanding 0.87 semalam

Seramai 269 pesakit masih dirawat di hospital, turun sedikit berbanding 278 semalam (19 Apr), manakala 38 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa.

Related posts

Leave a Comment