Kadar kebolehjangkitan 0.86

PUTRAJAYA 20 April – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam turun kepada 0.86 berbanding 0.88 kelmarin.

Bagaimanapun tiga negeri mencatatkan kadar melebihi 0.86 didahului Negeri Sembilan 0.90 diikuti Selangor dan Melaka dengan masing-masing 0.88.

Ini diikuti Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan 0.87, Terengganu 0.85, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.83, Johor 0.78, Pulau Pinang 0.77, Sabah 0.73 dan Sarawak 0.70.

Kedah mencatatkan 0.69, Pahang 0.68, dan Kelantan 0.64 manakala Perlis mencatatkan enam kes dan Wilayah Persekutuan Labuan empat kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment