178 kes baharu di Brunei Darussalam

BERAKAS 20 April – Brunei Darussalam merekodkan 178 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 140,542.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 166  adalah hasil Ujian ART dan 12 kes adalah hasil daripada 567 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam masa 24 jam lalu.

Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, satu kes dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Terdapat dua kes dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 110 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah keseluruhan 139,297 manakala jumlah kes aktif pula sebanyak 1,027 kes, iaitu 31 kes sedang dirawat di hospital, manakala 996 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah.

Related posts

Leave a Comment