LONDON: Teori yang mendakwa bahawa orang ramai boleh dijejaki melalui mikrocip dalam suntikan vaksin Covid-19 dianggap sebagai tidak masuk akal dan ‘gila’. “Saya hampir ketawa kerana ini kenyataan tidak masuk akal,” kata Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dalam wawancara program Today terbitan Radio BBC. Sejak dua tahun lalu, satu teori konspirasi tersebar luas di media sosial yang mendakwa Gates mahu menggunakan vaksinasi besar-besaran untuk menanam mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya dia boleh menjejakinya secara digital. Namun, Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori…
Read More929,427 kanak-kanak lengkap dua dos
PUTRAJAYA 9 Mei – Sejumlah 929,427 atau 26.2 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman web COVIDNOW, semalam sebanyak 17,170 kanak-kanak tampil mendapatkan dos kedua bagi melengkapkan vaksinasi Covid-19. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 6,810 kanak-kanak mendapatkan suntikan dos pertama yang menjadikan 1,553,175 atau 43.8 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981…
Read MoreKian Ming bersara pada usia muda
BANGI 9 Mei – Dalam usia yang masih muda, Anggota Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming dari DAP hari ini mengumumkan tidak akan menawarkan diri sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Dalam kenyataan medianya, Kian Ming, yang dipilih mewakili Parlimen Bangi pada PRU 2018 menyatakan hasrat untuk berehat daripada barisan hadapan politik Beliau yang sebelum itu adalah Anggota Parlimen Serdang sejak 2013 menyifatkan tempoh sembilan tahun sebagai satu penghormatan yang besar kepadanya. “Tempoh selama sembilan tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen telah menjadi suatu pengalaman yang mengubah…
Read MoreKes harian Covid-19 lepasi 2,000
PUTRAJAYA 9 Mei – Selepas hampir seminggu Aidilfitri, Kes harian Covid-19 di negara ini kembali melepasi angka 2,000 semalam dengan merekodkan 2,153 kes berbanding 1,372 kelmarin dan 1,251 pada Jumaat. Menurut data yang dikongsi dalam laman sesawang COVIDNOW, kes baharu semalam membabitkan 2,151 kes penularan tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,458,889 individu sudah dijangkiti virus berkenaan. Selangor menjadi negeri paling tinggi melaporkan pertambahan kes baharu iaitu sebanyak 1,157 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 261 kes dan Pulau Pinang sebanyak 156 kes. Selain itu, turut mencatatkan kes baharu…
Read MoreArab Saudi catat 339 kes baharu
JEDDAH 9 Mei – Arab Saudi mencatatkan 339 kes baharu Covid-19 semalam, membawa jumlah terkumpul meningkat kepada sebanyak 755,415 kes. Sebanyak 112 kes sudah pulih, menjadikan jumlah pesakit yang sudah pulih seramai 742,563, iaitu 98 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negara itu. Kementerian Kesihatan negara itu juga merekodkan empat kematian akibat komplikasi jangkitan coronavirus dalam tempoh 24 jam lalu, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 9,103 mangsa. Arab Saudi menjalankan hampir 12,200 ujian baharu Covid-19, manakala jumlah dos vaksin yang disuntik sudah meningkat kepada 64.5 juta. Kementerian Kesihatan…
Read MoreRaja Salman dalam keadaan baik
RIYADH – Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz masih dirawat di sebuah hospital di Jeddah selepas menjalani ujian perubatan kolonoskopi. Raja Salman dimasukkan ke hospital Sabtu lalu bagi menjalani ujian berkaitan dengan sistem usus pada tengah hari Ahad di Hospital Pakar Raja Faisal. Dalam satu kenyataan yang disiarkan Haramain Sharifain malam tadi, keadaan baginda dilaporkan baik selepas pemeriksaan itu. Berusia 86 tahun, baginda dilaporkan akan berada di hospital tersebut selama beberapa hari untuk berehat atas nasihat pasukan perubatannya. Pada Mac lalu, Raja Salman dimasukkan ke sebuah hospital di Riyadh…
Read MoreRM15 juta biayai penjujukan genom
PUTRAJAYA 9 Mei – Kerajaan meluluskan dana tambahan sebanyak RM15 juta di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi membiayai projek penjujukan genom virus SARS-CoV-2. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan berkata, ini bagi memperkukuh ekosistem sokongan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Projek yang telah memasuki Fasa 3 ini adalah amat penting dan strategik bagi mengenal pasti dan memantau varian virus SARS-CoV-2 di Malaysia terutamanya varian membimbangkan (VOC) seperti varian Omicron dan Delta. Konsortium 11 buah makmal yang diselaraskan oleh Institut…
Read MoreRisiko individu belum divaksinasi
PUTRAJAYA 9 Mei – Individu yang masih belum divaksinasi berisiko tinggi untuk mudah mendapat jangkitan varian Delta dan Omicron Covid-19 demikian menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Setakat ini vaksinasi adalah perlindungan terbaik melawan varian berkenaan. MOSTI menjelaskan analisis garis-masa pola perubahan varian di Malaysia menunjukkan peningkatan jumlah varian Delta dan Omicron masing-masing bermula sekitar bulan Ogos 2021 dan Disember 2021. “Varian Delta dan Omicron ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar infektiviti yang lebih tinggi dan mampu menjangkiti kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksinasi serta dos penggalak. “Bagi…
Read MoreBerita pilihan….
Perintah berkurung di Shanghai
SHANGHAI: Dalam usaha menghapuskan penularan jangkitan Covid-19 di luar kawasan kuarantin menjelang akhir bulan ini, Shanghai mengetatkan perintah berkurung di seluruh 16 daerah di bandar itu. Sekatan itu kemungkinan akan berbeza-beza kerana beberapa daerah telah mencapai sasaran dan sekatan pergerakan secara amnya akan kekal sehingga akhir Mei berikutan kebimbangan lonjakan kes. Pendedahan akaun media sosial penduduk di beberapa daerah serta siaran media sosial menunjukkan kerajaan bandar itu mempercepat dan memperluaskan usaha untuk memindahkan kontak rapat kes positif ke pusat kuarantin. Beberapa penduduk mendakwa mereka diarah berpindah ke kemudahan itu walaupun…
Read More