Risiko individu belum divaksinasi

PUTRAJAYA 9 Mei – Individu yang masih belum divaksinasi berisiko tinggi untuk mudah mendapat jangkitan varian Delta dan Omicron Covid-19 demikian menurutĀ Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Setakat ini vaksinasi adalah perlindungan terbaik melawan varian berkenaan.

MOSTI menjelaskan analisis garis-masa pola perubahan varian di Malaysia menunjukkan peningkatan jumlah varian Delta dan Omicron masing-masing bermula sekitar bulan Ogos 2021 dan Disember 2021.

“Varian Delta dan Omicron ini diketahui lebih berbahaya dengan kadar infektiviti yang lebih tinggi dan mampu menjangkiti kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksinasi serta dos penggalak.

“Bagi varian Omicron, pola garis-masa perubahan sub-varian Omicron di Malaysia dari November 2021 hingga April 2022 menunjukkan 3,010 sampel adalah sub-varian Omicron BA.2; 1,989 sampel sub-varian BA.1.1; dan 694 sampel sub-varian BA.1.

Pola tersebut menunjukkan lineage BA.1 dan BA.1.1 mendominasi pada ketika awal kemunculan Omicron pada akhir tahun 2021, tetapi ia mula beralih ke lineage BA.2 seawal Januari 2022.

“Hampir kesemua (>99 peratus) sampel yang dijujuk dalam bulan Mac dan April 2022 adalah daripada lineage BA.2 dan sub-lineage-nya,” kata MOSTI.

Mengulas lanjut, MOSTI berkata, maklumat berkenaan genom varian virus SARS-CoV-2 adalah amat penting untuk kerajaan mengambil tindakan yang wajar dan khusus bagi mengawal dan membendung penularan varian-varian berkaitan.

Jelasnya, virus SARS-CoV-2 bermutasi, varian baharu yang muncul mungkin mempunyai keupayaan yang berbeza termasuk dari segi kebolehjangkitan, keterukan gejala, ketepatan ujian diagnostik dan keberkesanan vaksin dan terapeutik.

Sebagai contoh, kajian telah menunjukkan bahawa varian Omicron pada masa ini mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi tetapi dengan gejala yang kurang teruk berbanding dengan varian Delta.

Ini disebabkan oleh mutasi yang menyebabkan perubahan dalam mekanisme virus itu untuk menjangkiti sel manusia.

Related posts

Leave a Comment