KOSMORAMA
Read MoreKes harian Brunei Darussalam meningkat
BERAKAS 10 Mei – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 265 kes baharu hari ini berbanding 249 semalam dan 231 kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 143,372. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 260 adalah hasil Ujian ART dan lima kes lagi hasil daripada 355 Ujian Makmal RT-PCR, yang dilakukan dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam, beliau berkata, tiada…
Read MoreKKM sudah jangka kenaikan kes
PUTRAJAYA 10 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjangkakan terdapat peningkatan kes baharu Covid-19 selepas minggu pertama Aidilfitri, kata Menterinya, Khairy Jamaluddin. Beliau bagaimanapun berkata, masyarakat perlu membiasakan diri dengan situasi berkenaan iaitu terdapat peningkatan atau penurunan kes Covid-19 pada masa tertentu. “Seperti diramalkan, terdapat sedikit peningkatan dalam kes selepas minggu pertama Syawal. Kita perlu membiasakan diri dengan penularan yang ada `pasang dan surutnya’. “Selagi tahap keterukan masih rendah, kita boleh meneruskan peralihan ke fasa endemik,” katanya dalam ciapan di Twitter, hari ini. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor…
Read MoreBerita pilihan…
Kes selepas raya meningkat lagi
PUTRAJAYA 10 Mei – Sebanyak 2,246 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan, semalam, meningkat sedikit berbanding 2,153 semalam menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencecah 4,461,135 kes. Menurut data dikongsikan dalam COVIDNOW, jangkitan baharu itu membabitkan 2,241 penularan tempatan dan lima kes import. Selangor mencatat angka harian tertinggi dengan 1,160 kes, diikuti Kuala Lumpur 261, Pulau Pinang 151, Negeri Sembilan 116 dan Johor 104. Ini diikuti Perak 97, Kedah 92, Melaka 51, Kelantan 46, Sarawak 39, Sabah 38, Pahang 36, Terengganu 32, Perlis 13, Labuan enam dan Putrajaya empat. Terdapat sebanyak 22,368 kes aktif,…
Read More945,787 kanak-kanak lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 10 Mei – Seramai 945,787 atau 26.6 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini, lengkap vaksinasi bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Menurut data dalam COVIDNOW, sepanjang semalam, seramai 15,077 kanak-kanak tampil melengkapkan vaksinasi masing-masing manakala 7,567 lagi mendapatkan dos pertama. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu. Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurang…
Read MoreKeluarga Marcos kembali berkuasa
MANILA 10 Mei – Ferdinand Marcos Jr memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan raya Presiden Filipina semalam, sekali gus mencatat kemenangan menerusi majoriti sejak revolusi 1986 yang menggulingkan pemerintahan diktator bapanya. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Marcos Jr, 64, yang dikenali sebagai ‘Bongbong’, sudah melepasi jumlah undi 27.5 juta yang diperlukan untuk memperoleh majoriti. Ini bermakna keluarga Marcos kembali ke tampuk kuasa, 36 tahun selepas mereka terpaksa hidup dalam buangan susulan kebangkitan ‘kuasa rakyat’. “Saya harap anda tidak penat untuk terus mempercayai kami. Ada banyak perkara yang akan dilaksanakan,” kata Marcos Jr…
Read MorePerintah berkurung ESSZONE dilanjut
KOTA KINABALU 10 Mei – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 25 Mei depan. Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah, berkata perintah berkurung itu membabitkan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Katanya, orang ramai yang tinggal di kawasan itu dilarang menghampiri atau berada di kawasan diisytihar antara pukul 6 petang hingga 6 pagi. “Perintah ini diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa menjalankan penyelidikan dan pelancong asing yang…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik lagi
PUTRAJAYA 10 Mei – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara semalam terus mencatatkan kenaikan mendadak kepada 0.75 berbanding 0.64 kelmarin. Empat negeri mengatasi kadar kebangsaan itu dengan didahului Pulau Pinang yang merekodkan 0.84, Melaka 0.83, Kelantan 0.79 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.77. Ini diikuti Kedah dan Johor yang masing-masing mencatatkan 0.73, Pahang 0.72, Sabah 0.69, Perak dan Sarawak masing-masing 0.68, Negeri Sembilan 0.63, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.60. Sementara itu Perlis merekodkan 13 kes, Wilayah Persekutuan Labuan enam kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya empat kes. Nilai R-naught…
Read More