Kadar kebolehjangkitan 1.14

PUTRAJAYA 13 Mei – Nilai kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught/Ro di seluruh negara terus melonjak semalam apabila merekodkan bacaan 1.14 berbanding 1.05 kelmarin.

Bagaimanapun tiada negeri mengatasi atau menyamai angka itu kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya yang 1.09.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebooknya berkata, kadar Rt di Melaka pula ialah 0.94, Kelantan 0.92, Pulau Pinang 0.91, Kuala Lumpur 0.87 dan Sabah 0.85.

Ini diikuti Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing 0.83, Perak dan Johor masing-masing 0.82, Pahang 0.81, Terengganu 0.78, Selangor dan Sarawak masing-masing 0.71.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis masing-masing merekodkan 10 kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment