SELANGAU 14 Nov. – Barisan Nasional (BN) sedang ‘berdating’ atau dalam erti kata lain sedang bercinta sebelum melangsungkan majlis perkahwinan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Kami sedang berdating (menjalinkan percintaan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08, di sini, hari ini. Kenyataan Ismail Sabri itu sebagai membalas analogi Abang Johari sebelum ini membayangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai wanita cantik yang sedang dilamar oleh ramai lelaki (pakatan politik di Semenanjung). “Sekarang ini kita lagi syok-syok…
Read MoreCategory: PRU 15
PRU15 – Undi1990
16 dibawa lari, berapa ‘kembali’ semula kepada UMNO?
MELALUI program Cuit & Selak Khas PRU15, baru-baru ini, sahabat saya Sang Kelembai (SK) menjangkakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 kerusi. Jumlah yang dinyatakan SK atau Zaharin Mohd Yasin melebihi jangkaan saya yang hanya meletakkan 40 kerusi (mungkin setakat hari itu). Sudah tentulah angka Zaharin tidak menepati jangkaan dalam kalangan pemimpin BN yang berani menjangkakan kemenangan 112 kerusi bagi mendapatkan majoriti mudah. Begitu juga dengan sasaran Pakatan Harapan (PH), angka yang sama. Tidak ada parti yang bertanding pada PRU15 atau mana-mana pilihan…
Read MorePKR tanya PN mana bukti kerjasama PH-BN
PERMATANG PAUH 7 Nov. – “Mana bukti dia?” Itu pertanyaan yang dilontarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan PN bahawa pihaknya berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Anwar menegaskan beliau tidak pernah berpakat mahupun berunding dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan. Anwar berkata, dakwaan itu tercetus apabila ia dimulakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan tidak ada sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding…
Read MoreFakta : Jumlah kerusi parti
Dr. Mahathir calon tertua Parlimen
PUTRAJAYA 5 Nov. – Calon tertua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah Dr Mahathir Mohamad yang berusia 96 tahun, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Parlimen Langkawi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Fuaddin Kamaruddin, 70, yang mewakili Pejuang menjadi calon tertua bertanding iaitu di DUN Kubu Gajah. Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bugaya, Sabah, calon paling tua adalah Karil Pg Kurani berusia 76 tahun, bertanding mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS). Calon Bebas di kerusi Parlimen Tenom, Peggy…
Read MoreJumlah calon teramai dalam sejarah PRU
PUTRAJAYA 5 Nov. – Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencatat sejarah apabila merekodkan seramai 945 calon disahkan layak bertanding untuk merebut keseluruhan 222 kerusi Parlimen – yang teramai dalam sejarah PRU di Malaysia. Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 441 calon akan bersaing di 117 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Pahang, Perlis dan kerusi N66 Bugaya, Sabah. Empat gabungan parti utama menguasai jumlah kerusi Parlimen ditandingi Pakatan Harapan (PH) mendahului jumlah calon paling ramai melibatkan 206 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) 178, Perikatan Nasional (PN) 149 dan Pejuang…
Read MoreAhli jadi calon lawan gugur keahlian
BAGAN DATUK 6 Nov. – Mana-mana anggota dan pemimpin UMNO yang bertanding atas tiket parti lawan atau Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipecat keahlian parti serta-merta, kata Presidennya, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, mengikut perlembagaan UMNO, parti mempunyai hak untuk memecat mana-mana ahli yang bertanding atas tiket selain parti termasuk yang menjadi pencadang dan penyokong calon yang mewakili pembangkang. Beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan supaya mengeluarkan kenyataan media hari ini bagi memperincikan mengenai fasa tertentu dalam perlembagaan UMNO bagi membolehkan pemecatan itu dilakukan.…
Read MoreTok Mat tidak leka hadapi pencabar
REMBAU 5 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berdepan dengan saingan lima penjuru selepas empat lagi calon termasuk tiga gabungan parti utama mengesahkan pencalonan mereka bagi merebut kerusi P131 Parlimen Rembau. Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mat berdepan dengan cabaran daripada calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Gerakan Tanah Air (GTA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Keempat-empat pesaing beliau ialah Jufitri Joha (PH), Ramli Awaluddin (GTA), Mohd Nazree Mohd Yunus (PN) dan S. Tinagaran (PSM). Pada PRU14 (2018), bekas penyandang kerusi itu Khairy Jamaluddin yang kini…
Read MoreKejutan di Beluran gugat kerajaan Sabah?
BELURAN 5 Nov. – Adakah persefahaman antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) akan tergugat sehingga boleh menjejaskan kedudukan kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)? Ini berikutan tindakan GRS memberi laluan kepada Perikatan Nasional (PN) menurunkan penyandangnya Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Ronald Kiandee mempertahankan kerusi Parlimen Beluran. Mengikut persefahaman yang diumum semalam, kerusi Beluran yang dimenangi Dr Ronald atas tiket BN pada PRU lalu diserahkan kembali kepada BN. Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, GRS yang dianggotai PN memenangi 17…
Read More