PKR tanya PN mana bukti kerjasama PH-BN

PERMATANG PAUH 7 Nov. – “Mana bukti dia?” Itu pertanyaan yang dilontarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan PN bahawa pihaknya berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Anwar menegaskan beliau tidak pernah berpakat mahupun berunding dengan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan.

Anwar berkata, dakwaan itu tercetus apabila ia dimulakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin.

Beliau menegaskan tidak ada sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.

“Yang start ( mula ) kata kita runding dengan Zahid dengan UMNO ni, Muhyiddin dengan Ustaz Hadi yang Ustaz Hadi dengan serban, jubah fitnah orang.

Bila yang saya runding dengan Zahid?… bila yang saya kata saya nak pakat dengan Zahid?… mana bukti dia?” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini, malam tadi.

Jelas Anwar, Abdul Hadi sepatutnya menjaga adab dan akhlak selaras dengan imejnya sebagai seorang ulama dan tidak sepatutnya berkelakuan seumpama itu

Orang agama ini kena belajar yang mana dalam politik kena jaga akhlak, kalau tidak saya tak peduli walaupun nanti orang kata Anwar antiulama.

“Siap kata saya antiulama… yang saya anti (adalah) orang politik yang bertopengkan agama,” katanya.

Related posts

Leave a Comment