Masjid Haji Isa

MELINTASI Jalan Besar Lumut – Teluk Intan, di kawasan Batu 8, Lekir, kelihatan sebuah masjid empat menara berdiri gagah. Masih baharu. Di laluan masuknya kelihatan juga masjid lama. Dinamakan Masjid Haji Isa, mengambil sempena penginfak utama iaitu Haji Mohd Isa Ahmad, yang menetap di Batu 7 Lekir. Masjid yang bernilai RM 7.25 juta ini terletak 8 kilometer dari Bandar Sitiawan. Mulai dibina pada tahun 2015 dan digunakan pada 5 Mei 2017. Masjid ini berkonsepkan lima Rukun Islam. Kubah utama mewakili rukun pertama. Reka bentuk binaan bercirikan rekaan moden dan berkonsepkan Arab. Bangunan asas masjid yang dibina berbentuk empat segi sama seperti bentuk Kaabah.

Related posts

Leave a Comment