35 pejuang Houthi terbunuh, cedera

YAMAN – Lebih 35 pejuang Kumpulan Houthi terbunuh atau cedera dalam satu operasi ketenteraan Yaman yang menyasarkan kedudukan kumpulan itu di Wilayah Taiz, barat daya negara berkenaan. Menurut kenyataan, Briged Berperisai Ke-35 Tentera Yaman, pasukannya melancarkan “operasi pantas dan bersasar” terhadap kedudukan serta kubu pertahanan Houthi di sepanjang barisan hadapan Aqrouz, di Daerah Al-Misrakh. Operasi berkenaan menyasarkan kedudukan di Jabal Al-Manara, Kour, Wadi Kour, Al-Maqda, Al-Dabaya dan Kahlan, mengakibatkan “lebih 35 pejuang Houthi terbunuh atau cedera” tanpa memperincikan jumlah yang terbunuh dan cedera. Ia turut melumpuhkan sebuah kenderaan tentera yang dilengkapi…

Read More

Singapura keluar notis kepada 10 syarikat

SINGAPURA –  Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan. Notis di bawah Seksyen 10 Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura (THPA) adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai kemungkinan kaitan mereka dengan kebakaran hutan di Indonesia serta pencemaran jerebu rentas sempadan. Dalam satu kenyataan semalam, NEA berkata, peruntukan itu menghendaki syarikat berkenaan memberikan butiran mengenai konsesi tanah mereka, hubungan korporat serta langkah yang diambil untuk mencegah atau memadam kebakaran sepanjang musim kering. NEA berkata 10 syarikat itu…

Read More

Jentera BN diminta sokong calon Pas

JASIN 23 Okt. – Semua jentera Barisan Nasional (BN) diminta memberikan sokongan penuh kepada calon Pas dan rakan sekutunya yang bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) kali ini. Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama yang terjalin itu perlu diterjemah menerusi sokongan jentera dan undi bagi memastikan calon kedua-dua pihak memperoleh kemenangan. Berucap melancarkan Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda, di sini, beliau berkata, sebagai balasan, jentera dan pengundi Pas perlu memberikan sokongan kepada calon BN yang bertanding…

Read More

GPS pertaruh calon berpengalaman, baharu

KUCHING 23 Okt. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengetengah gandingan calon berpengalaman, berwibawa dan muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Sarawak. Pengerusi GPS, Abang Johari Tun Openg, berkata senarai calon gabungan berkenaan akan dimuktamad menerusi mesyuarat khas sebelum diumumkan dalam masa terdekat. Bercakap pada sidang media selepas mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Dewan Perdana, Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini, Premier Sarawak itu berkata, terdapat wakil rakyat yang memilih untuk tidak meneruskan khidmat mereka pada penggal akan datang. “Apa yang…

Read More

DUN Sarawak bubar 26 Oktober

KUCHING  – Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri Ke-13 (PRU DN-13). Katanya, pembubaran itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini. Abang Johari berkata, DUN Sarawak ke-19 mula bersidang pada 14 Februari 2022 berdasarkan Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri Sarawak dan akan terus berfungsi selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya, kecuali dibubarkan lebih awal. Beliau berkata, sejak menerima mandat rakyat pada 18 Disember 2021, kerajaan…

Read More

Rafizi arah peguam saman Ramanan

SEPANG 23 Okt. – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengarahkan pasukan peguamnya memulakan proses saman terhadap Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, susulan dakwaan dan tohmahan dilemparkan terhadapnya semalam. Pemimpin Bersama itu berkata, beliau sudah berbincang dengan pasukan peguamnya yang berpandangan terdapat asas kukuh untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Ramanan berhubung kenyataan yang didakwa melanggar undang-undang fitnah di negara ini. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti pelbagai tohmahan yang dilemparkan Ramanan terhadapnya dalam sidang media semalam, termasuk tuduhan terbabit dalam rasuah. “Saya sudah mengarahkan peguam-peguam saya untuk memulakan proses saman…

Read More

Ustaz Wadi Annuar cedera

GERIK 23 Okt. – Penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar cedera sejurus Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik, pada pukul 2.40 pagi ini. Nahas turut membabitkan dua kereta model Perodua Myvi dan kereta Perodua Bezza, menyebabkan lima mangsa cedera manakala lima yang lain terselamat tanpa sebarang kecederaan. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan. Anggota bomba tiba…

Read More

Rombak semula sistem bebas cukai

TOKYO – Mulai 1 November ini, pelawat asing dikehendaki membayar cukai penggunaan terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik semasa berlepas. Langkah itu susulan rombakan semula sistem pembelian bebas cukai bagi membendung penyalahgunaan oleh pelancong yang menjual semula barangan sebelum meninggalkan negara itu. Pelawat asing kini boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai-kedai berkaitan. Di bawah sistem bayaran balik yang baharu, mereka akan mengimbas pasport di terminal khas di lapangan terbang dan pelabuhan untuk menerima bayaran balik secara tunai atau menerusi kad kredit semasa berlepas. Pelancong yang dipilih untuk pemeriksaan tambahan…

Read More