PAU 9 hingga 12 September

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 dijadualkan berlangsung selama empat hari mulai 9 hingga 12 September depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perhimpunan tahunan itu akan bermula dengan sesi Taklimat Presiden pada 9 September, diikuti Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam. Perhimpunan agung bagi ketiga-tiga pergerakan itu akan berlangsung selama sehari pada 10 September diikuti PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 September depan. PAU…

Read More

Tiada ADUN PH sertai Exco Negeri Sembilan

SEREMBAN 6 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman, menafikan dakwaan kononnya wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) akan menganggotai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan. Sambil menyifatkan dakwaan di media sosial itu tidak berasas, Saiful berharap semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. “Tidak benar wakil rakyat Pakatan Harapan akan menganggotai barisan Exco, sekiranya perkara itu berlaku, sudah tentu ia ada dibincangkan terlebih dahulu bersama wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang…

Read More

17 cedera akibat gelora udara

HYDERABAD – Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dari Thailand berdepan gelora di udara menyebabkan 17 orang penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan. Air India dalam kenyataannya memaklumkan penerbangan AI2379 dari Phuket itu mengalami penurunan ketinggian secara mendadak semasa fasa penerbangan. Bagaimanapun pesawat Airbus A320neo itu “meneruskan penerbangan seperti biasa” dan mendarat dengan selamat di Delhi pada pukul 11.07 pagi waktu tempatan. Pesawat itu membawa 137 penumpang dan lapan kru dan daripada jumlah itu, 13 penumpang dan empat anak kapal mengalami kecederaan serta dibawa ke hospital untuk…

Read More

Menara Pisa dibuka selepas gempa

ROM – Menara Condong dibuka kepada pelawat seperti biasa selepas laporan awal mengesahkan tiada sebarang kerosakan dialami monumen itu berikutan gempa bumi yang menggegarkan kawasan sekitar Pisa. Institut Geofizik dan Volkanologi Kebangsaan Itali (INGV) memaklumkan gempa itu berukuran 4.3 pada skala Richter di mana pusat gempa terletak kira-kira tujuh kilometer dari Pisa pada kedalaman lapan kilometer. Pisa terkenal di seluruh dunia dengan Menara Condong yang berketinggian lebih 50 meter. Itali terletak di sempadan antara plat tektonik Afrika dan Eurasia, menyebabkan seluruh negara itu kerap dilanda gegaran. Hujung minggu lalu, gegaran…

Read More

Zakat pendeposit TH sah, patuh hukum syarak

KUALA LUMPUR 4 Ogos – Lembaga Tabung Haji (TH) menegaskan status pelunasan zakat yang dilaksanakan bagi pihak pendeposit adalah sah, sempurna dan mematuhi hukum syarak. Menurut TH, Jawatankuasa Penasihat Syariah (JPS) dalam mesyuarat pada 2 September 2020 berpandangan bahawa pembayaran zakat bagi pendeposit untuk tahun-tahun sebelum konsep wakalah diperkenalkan pada 2019 adalah sah. Kenyataan TH menjelaskan, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 3 Mei 1979 turut menetapkan bahawa TH tidak wajib membayar zakat bagi pihak institusi itu sendiri, sebaliknya berkewajipan melunaskannya bagi pihak pendeposit. “TH telah…

Read More

Dadah bernilai RM20.74 juta dirampas

SHAH ALAM 4 Ogos – Sindiket pengedaran dadah terbongkar susulan rampasan methamphetamine dan MDMA bernilai RM20.74 juta dalam dua serbuan Os Kalidas di Ijok, Kuala Selangor dan Petaling Jaya pada 29 Julai lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki berusia 24 dan 26 tahun yang dipercayai berperanan sebagai penghantar dadah bagi sindiket berkenaan turut ditahan. Beliau berkata, kedua-dua suspek ditahan ketika memunggah guni berisi dadah ke dalam dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di Ijok. Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua kenderaan itu, polis…

Read More

Jalaluddin tentukan sertai Exco atau tidak

SEREMBAN 4 Ogos – Terserah kepada  Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias untuk menentukan sama ada mahu menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu atau sebaliknya. Menteri Besar, Ismail Lasim berkata, keputusan itu adalah hak dan pendirian Jalaluddin sendiri, memandangkan beliau juga adalah Ahli Parlimen Jelebu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang. Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini belum ada perbincangan terperinci antara kedua-dua pihak berhubung perkara berkenaan. “Setakat ini belum ada perbincangan terperinci lagi dengan beliau. Jadi terpulang kepada pendirian beliau sama ada mahu menganggotai barisan…

Read More